Wednesday, November 24, 2010

Hati kita.

Aku sentiasa perhati hati-hati mereka,
tiada muncul sejuta kemesraan,
aku berharap hati-hati ini bersatu,
tiada yang berjauhan diri,
tiada yang bersengketa.

Hati-hati ini perlu dibersihkan,
bersih dari segala dendam,
agar kita teguh berdiri,
teguh bersama mereka-mereka yang merendahkan kita,
kita pejuang bangsa,
berjuang untuk masyarakat,
berjuang untuk dunia.

Hati ini menyeru,
bersatulah!!,
jangan ada puak diantara kita,
jangan ada HITAM disudut fikiran kita,
biarkan ia menjadi PUTIH,
putih dengan permuafakatan
putih dengan kemesraan,
putih berselangkan kesefahaman.

Monday, November 22, 2010

Kesusasteraan kita

Hari ini saya hendak bercerita tentang kesusasteraan di Malaysia. Sejak aku mengambil  jurusan Kesusasteraan Melayu di Universiti Putra Malaysia aku telah banyak mempelajari tentang dunia ini. Banyak yang dulu aku tidak tahu tetapi selepas mengambil jurusan ini aku telah menjadi lebih berminat untuk mendalami jurusan sastera ini. Mesti kamu-kamu semua tidak tahu tentang kesusasteraan Melayu. Sastera, didalamnya mempunyai unsur akaliah, seni bahasa, mempunyai hubunagan alamiah  manusia dan alam, manusia dengan manusia, dan yang lebih pentingnya medium pengantarnya adalah "bahasa". Fungsi sastera juga untuk mendidik masyarakat. Dengan didikan melalui sastera, kita akan dapat mengetahui bahawa kesusasteraan akan mengajar kita pelbagai benda, tentang didikan kepada anak, melalui pantun nasihat, gurindam nasihat, dan yang lebih penting  melalui hikayat-hikayat yang banyak memaparkan unsur nasihat, contoh yang dapat saya ambil melalui hikayat Tuhfat Al-Nafis, disini ibu bapa boleh mendidik anak-anak mereka dengan baik dan pastinya akan memberi satu impak yang besar didalam jiwa anak-anak kita zaman sekarang.
      Di Malaysia, kesusasteraan Melayu tidak seperti kesusasteraan-kesusasteraan diluar negara. Disini kesusasteraan Melayu telah di pandang enting oleh segolongan pihak yang tidak bertanggungjawab, apa yang dapat saya lihat kesusasteraan di barat telah maju kehadapan meninggalkan kesusasteraan kita. Di barat kesusasteraan mereka di pandang tinggi dan mulia. Mereka tidak malu untuk memperkatakan tentang kesusasteraan mereka, tetapi di sebalik kemajuan kesusasteraan di barat, kesusasteraan di Malaysia sangat terkemudian. Pada pendapat saya, sebab apa kesusasteraan Melayu kita menjadi sebegini, kerana masyarakat  di negara ini tidak menyokong  penuh kesusasteraan kita, mereka menganggap kesusasteraan adalah dunia khayalan yang sentiasa memaparkan cerita-cerita dongeng, tahyul dan diawang-awangan.
      Di Malaysia, apa yang saya dapat lihat, mereka telah mengagung-agungkan dunia teknologi yang semakin hari, semakin membutakan mata kita tentang dunia sastera di Malaysia. Pada pemikiran saya, tidak salah kita memperoleh ilmu teknologi tetapi kita juga harus menerima kesusasteraan Melayu untuk dijadikan pegangan untuk anak-anak kita yang akan datang, dan jika kita telah dapat menerima kedua-dua bidang ini, kita boleh mencantumkan dunia kesusasteraan dengan dunia teknologi. Dengan ini kesusasteraan dalam teknologi akan lebih berkembang dan kesusasteraan tidak lagi ketinggalan dengan dunia teknologi. saya ambil sebagai contoh, jika kita menyatupadukan sastera dalam teknologi kita dapat mengadaptasi cerita-cerita hikayat dari buku yang setebal muka suratnya kita boleh menjadikan cerita itu sebagai animasi.Dengan mengadaptasi cerita-cerita dari hikayat seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Merong Mahawangsa, kita dapat menarik minat anak-anak remaja kita mendekati kesusasteraan.
      Sehubungan dengan itu, saya sangat bersetuju dengan tindakan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menambah subjek Kesusasteraan Melayu di sekolah-sekolah. Dengan ini kita dapat menarik minat  pelajar-pelajar kita agar menyemai sifat cintakan kesusasteraan Melayu di dalam hati mereka, dan seterusnya menjadi pecinta Kesusasteraan Melayu.
      Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu ialah satu bentuk pengajaran didalam sesebuah masyarakat, dan kita akan  mengetahui tujuan kesusasteraan Melayu mengapa harus  di martabatkan. Kita sebagai rakyat Malaysia yang dibesarkan dengan pantun-pantun nasihat seperti pantun " buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan", dan, pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh di bayar, hutang budi dibawa mati". Pantun-pantun sebegini lah yang harus kita terapkan didalam jiwa anak-anak kita tentang adap, tentang tolong -menolong, tentang budi, dan sebagainya. Sehubungan dengan itu marilah kita bersama-sama memartabatkan dunia sastera di Malaysia agar setanding dengan kesusasteraan barat, dan seiring bersama-sama dunia teknologi kita...sekian, wassalam.

Kesusasteraan kita

Ayuh! martabatkan dunia kita,
dunia yang dipandang hina,
dunia kita yang sering diporak peranda,
oleh segelintir manusia...

Kita penunjang dunia ini,
mesti bangkit bakti meneraju jurusan kita,
jurusan yang sering di propaganda
oleh pihak buta mata,
yang sering menjadi hamba teknologi dunia,,
yang sentiasa merendahkan kita...

Bangkit! kawan-kawanku semua,
buktikan jurusan kita bukan khayalan,
buktikan jurusan kita bukan omongan,
buktikan jurusan kita setanding seiring teknologi dunia.

Friday, November 19, 2010

Suara Kerinduan

Tatkala guru keluar habis mengajar,
suara-suara nakal mula kedengaran,
suasana menjadi riuh rendah,
perbualan demi perbualan terdengar disetiap ruang
cuping telinga,
aku sentiasa berjalan mencari idea,
idea untuk bergurau senda...

kawan-kawanku yang lain masih setia di bangku
penjuru kelas,
bercerita dan bergurau senda,
ragam dan warna jelas terpancar diwajah mereka,
seronok melihat gelagat semua,
walau cuma enam lelaki teruna,
mereka mempunyai matlamat menggoncang dunia,
tetapi bukan istilah "enam jahanam" dibawa bersama

Aku menuju ke tempat mereka,
memerhati setiap lengguk perbualan senda
melihat setiap wajah mesra mereka,
cahaya keakraban muncul disegenap ruang kelas,
tanda ikatan suci yang kukuh bertiang seri...

suara kelas mengimbau kerinduan,
rindu dengan gelak tawa mereka,
rindu dengan gurau senda mereka,
rindu dengan tangis sedih mereka...

                                                      ( untuk kawan-kawan tingkatan 6 kelas terbilang)

Cerita Saya

Assalammualaikum,
Saya Mohd Efandi Bin Md Yusop, berumur 22 tahun, tinggal di Johor, mempunyai 8 adik beradik dan saya anak yang ke 6. Ayah saya Md yusop Bin Kariman, dan Ibu saya Esih Binti Darmawi....Saya dilahirkan di hospital Batu Pahat, Johor. Sepanjang ibu saya melahirkan saya, saya tidak senormal seperti bayi-bayi yang lain.Ibu saya cerita kepada saya yang saya ini kuat menangis, sehinggakan pusat saya terjojol keluar. Ibu dan Ayah saya sangat bersusah hati dengan keadaan saya, mereka terus mencari pakar-pakar perubatan tradisional, tetapi mereka semua tidak mengetahui kenapa saya sentiasa menangis...Pada suatu hari Ibu dan Ayah saya, pergi berjumpa dengan seorang bomoh perempuan yang bernama "Mak Innie" lantas nenek yang bernama Mak Innie itu terus memberi nama panggilan saya iaitu " Waris". Selang beberapa hari, nangis saya pun berkurangan. Sebenarnya sebab apa saya menangis kerana saya telah menghidapi penyakit "Jantung Berlubang" semasa saya dilahirkan lagi. Selepas itu saya membuat rawatan demi rawatan di Hospital Batu Pahat dan Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala lumpur. sepanjang saya membuat rawatan di IJN, saya telah menumpang dirumah pakcik saya yang bernama Cik Mail atau Ayah saya panggil beliau "Agi". Tepat pukul 8 pagi saya dan Ayah saya mesti bergegas ke IJN untuk membuat rawatan.
      Pada umur saya 4 tahun saya telah membuat satu pembedahan jantung yang di ketuai oleh Dr Ahmad. Menurut cerita Ibu Saya, saya tidak sedarkan diri selama 3 minggu. selepas saya sedarkan diri saya dirawat dengan sebaik mungkin oleh jururawat-jururawat  yang berada disitu. Selepas itu saya dipindahkan di Wad seterusnya untuk rawatan selanjutnya.Menurut cerita Dr yang merawat saya, jika saya tidak membuat pembedahan saya boleh hidup selama 20 tahun sahaja. Selepas saya sembuh dari pembedahan itu, saya pulang kekampung. Saya melihat nenek saya berlari menuju ketempat saya dan dia terus memeluk saya dengan erat sekali, nenek saya begitu gembira dan menangis kerana saya telah selamat daripada pembedahan
jantung, saya juga terlihat Ibu saya telah menitiskan air mata tanda kegembiraan yang saya telah selamat daripada pembedahan. Pada umur saya 13 tahun, saya telah menjalani satu lagi pembedahan di kelengkang kaki kanan saya, untuk memperbesarkan lagi saluran pernafasan saya. Saya redha dengan apa yang saya dapat, dan saya percaya dengan takdir kerana saya dilahirkan tidak senormal manusia lain yang sihat.
        Sepanjang saya sekolah rendah dan sekolah menengah, saya tidak dapat mengikuti pelajaran dengan sempurna, kerana saya lambat dapat apa yang guru saya ajar. Semasa saya berada disekolah rendah saya telah ditempatkan di kelas pemulihan, kelas yang ditempatkan murid-murid yang tidak tahu membaca, mengira, dan mengeja. Semasa peperiksaan UPSR saya telah gagal dalam peperiksaan itu. Dan saya sangat sedih, tetapi saya sentiasa sabar dengan dugaan yang Allah beri.
      Semasa saya berada di sekolah menengah , tingkatan 1 dan 2, saya ditempatkan di kelas hujung, kelas pelajar-pelajar yang tidak pandai, yang paling sedih dalam diri saya ialah, kakak-kakak saya, bapa saya telah merendah-rendahkan saya dengan berkata lembab, bodoh, dan segalanya yang merendahkan maruah diri saya. Semasa peperiksaan PMR, saya gagal lagi dalam peperiksaan, Ayah saya begitu kecewa, dengan tahap pembelajaran saya. Pada tingkatan 5 saya menduduki peperiksaan SPM, keputusan saya tidak beberapa elok sekadar paras-paras hidung sahaja, begitulah sepanjang saya menuntut ilmu, saya tidak pernah lulus dalam peperiksaan, sentiasa ketinggalan dalam pelajaran.
         Semasa saya bermain takraw, saya telah menerima sepucuk surat yang berbunyi " anda layak masuk ke tingkatan 6", saya terkejut kerana saya bukannya pandai, belajar tetapi telah diberi pelunag untuk menuntut ilmu di tingkatan 6. Sepanjang di tingkatan 6, seperti biasa saya tidak dapat belajar dengan baik, ujian-ujian yang cikgu saya beri, saya tidak lulus atau boleh dikatakan  sebagai gagal. Tetapi saya sentiasa berusaha, dengan gigih untuk buktikan yang saya boleh berjaya seperti orang lain. Saya hendak buktikan yang orang tidak normal seperti saya boleh berjaya dalam pelajaran. Selepas itu saya menduduki peperiksaan STPM dan mendapat 4 prinsipal penuh. Paling manis lagi saya telah mendapat anugerah pelajar terbaik seluruh Johor calon istimewa, saya tidak menyangka yang saya boleh mencapai tahap sebegitu rupa. Selepas itu saya telah diterima masuk ke Universiti Putra Malaysia, dalam Bacelor kesusasteraan Melayu.
           Di sini saya telah buktikan bahawa orang yang tidak normal dan menghidapi sakit jantung berlubang boleh berjaya dalam pelajaran. Saya juga dapat memahami apa itu yang dikatakan usaha tangga kejayaan...tanpa usaha kejayaan itu tidak dapat kita capai dengan sekelip mata. Janganlah seperti angan-angan Mat Jenin yang hanya sekadar berangan-angan sahaja tetapi tiada usaha yang dilakukannya....

Cangkul

Mata terus berpinar,
berfikir terus berfikir,
mesin akal terhenti seketika,
pen dijemari tidak berupaya mencanang idea,
mencari idea entah dimana,

bangun aku melihat di jendela,
Ayah sedang mencangkul tanah,
Ibu sedang menyiram bunga,
terus aku menyapa Ayah,
Ayah cangkul itu!!

Pantas aku duduk kembali,
berbekalkan semangat kesungguhan Ayah,
berbekalkan cangkul di tangan Ayah,
Aku menulis lagi dengan idea mencurah-curah

Keamanan Untuk Kita

Keamanan Untuk Kita

Keamanan, 
Idaman penghuni dunia,
Tiada sengketa tiada derita,
Tangis, duka hilang dimata dunia,
Tinggal cuma senyuman penghias gembira.....

Renung kedamaian alam,
Pasti muncul ketenangan jiwa....

Keamanan..!!
Ucap salam untuk semua,
Tegakkan perpaduan dunia,
Leraikan ikatan dusta,
Semaikan benih-benih damai ke dalam jiwa,
Pasti alam mengucapkan syukur untuk penghuni dunia,,,,



salam keagungan

selamat dan salam penghuni dunia,
hamparan senyuman mewarnai suasana,

hebat sungguh alam ciptaannya,
ucapkan syukur kepada yang Esa,

...melihat alam terpaku mata,
tiada tandingan tiada terkira,
terpesona gelagat umat manusia
itulah tanda kekuasaan Maha pencipta.

Sunyi

sunyi,
semua dah pergi,
tinggal aku duduk di bilik sepi
melihat keluar jendela,
motor-motor tersusun rapi,
...deruan enjin motor sunyi dikala siang hari

semuanya pulang bercuti
tinggal aku, rakan-rakan aku, sahabat handai aku,
terus menerus mentelaah ilmu,
kerana masih ada tanggungjawab harus kami meterai