Wednesday, September 28, 2011

Nombor Tidak Dikenali Jeng jeng jeng!!!!......

Tiba-tiba handphone aku berbunyi di dalam kelas tutorial petang tadi...Kring!!! kring!!!! kring!!!...aku tak angkat sebab masa tu aku didalam kelas tengah beri tumpuan kawan-kawan bentangkan slideshow masing-masing...aku biarkan je handphone tu ber bunyi...( deringan perlahan)


selang beberapa belas minit aku pun tengok handphone... aku tengok ada terpampang satu nombor tidak dikenali call aku, aku terus tanya dengan kawan aku( hajar)...Aku: " ko kenal nombor ni tak hajar".., Hajar: "nombor sapa ni"...Aku: " entah aku pun tak tahu hajar"....Hajar: "jap-jap aku cari dalam handphone aku....cari punya cari punya cari, hajar pun kata tak ada... Hajar: "cuba tanya Huda... mana tau dia kenal...Aku: "ok-ok"....


Huda ko kenal nombor ni tak macam nombor offis je...( tengok handphone aku)....Huda: entah la aku pun tak tahu..jap ek aku tengok dalam handphone aku( sedang membelek handphonenya)...Pen! ( nama panggilan aku) tak da la... AH!! aku mula gelabah...Huda: sini aku teliponkan nombor tu ( guna handphone aku la..)...telipon punya talipon ada suara perempuan sedang bercakap...Huda: "hello ni siapa"...Orang tak dikenali: "ni Azlina, boleh cakap dengan Fendi( nama aku)...time tu huda pasing handphone kat aku... Aku: "Hello ni  Azlina mana ek"...Azlina: "Hello Fendi ni Dr Azlina la..( pensyarah Ketrampilan Berbahasa aku)... kenapa nak jawab guna orang tengah ni( huda yang dimaksudkan)...Aku: " tak da pape la Dr saja" ( mula malu)...Dr Azlina: "lain kali jangan guna orang tengah ek...apa yang nak ditakutkan tu...kenapa fendi? (aku mula tersenyum sipu) kan dah ambil ketrampilan berbahasa jangan la takut-takut ye"... Aku: "baik Dr" (malu)....heee


Sebenarnya Dr aku telipon aku sebab nak mintak nombor kawan aku firdaus(bapak) untuk beri nota kuliah....


sekian terima kasih.....



Monday, September 26, 2011

Cari Buku di Perpustakaan

Tadi petang aku dan kawan-kawan aku pergi cari buku di perpustakaan untuk cari makna rencana, berita dan  laporan... cari punya cari punya cari tak jumpa sehingga kami pening kepala...tetapi usaha kami berterusan, kami cari lagi di rak sastera tak  ada jugak, kami cari di rak bahasa pun tak ada jugak...akhirnya ada seorang staf perpustakaan menunjukkan rak yang ada buku tentang berita, rencana dan laporan itu iaitu di rak komunikasi...terima kasih Pak Cik...!!!


Cari dan cari dan cari  akhirnya buku yang dicari jumpa, dan dengan pantas kami menyalin maksud-maksud  yang kami cari itu... terima kasih ALLAH.


Selepas itu kami turun di tingkat 1 untuk pergi ke bilik komputer untuk menaip didalam mikrosof word untuk di hantar ke email pensyarah kami...dalam perjalan kami ke bilik komputer itu ada rak dihadapan bilik komputer itu untuk buku baharu aku dan Afzan cuba membelek-belek buku-buku baharu itu, dengan tak disengajakan kami menjumpai sebuah buku yang didalamnya mempunyai makna-makna tentang berita, rencana dan laporan Terima kasih sekali lagi kepada ALLAH yang membantu kami dalam urusan kerja kami...


Selepas itu kami terus pergi ke bilik komputer itu dan menaip untuk di hantar terus ke email pensyarah kami...


Terima Kasih ALLAH... Alhamdulillah.

Cinta

Apabila kita mencintai seseorang kita akan mula mencipta langkah untuk setia dan kita akan mula melakar tanda-tanda yang kita menyanyangi pasangan kita dengan membeli baju yang sama, warna yang sama, kasut yang sama ( saiz berlainan) cincin yang sama( siap ada ukir nama kat dalam cincin tu), apakah itu tanda yang kita cintakan dia? satu persoalan harus kita rungkai...adakah cinta kita dilambangkan dengan benda-benda sebegini... pada pendapat aku semua itu tidak setuju bagi aku... 


Dan apabila kita mula bercinta juga, adakah kita mesti bermesej selama berhari-hari  tanpa henti (tak boring ke, mesti banyak cerita yang melalot)  sehingga kita tidak dapat melaksanakan kerja-kerja peribadi kita...ini juga harus di fikirkan bagi semua pasang yang bercinta...


Kata pasangan yang bercinta "buktikan yang awak cintakan saya" apa yang nakdibuktikan sedangkan cinta itu abstrak tidak nampak dan tidak boleh di pegang mahupun dibelai mesra... bukti cinta kita sebenarnya ada pada perkataan CINTA itu sendiri... cinta lahir daripada hati yang benar-benar ikhlas untuk mencintai seseorang...cinta bukan hanya sekadar luahan dari mulut tetapi ia harus keluar daripada hati yang suci... 


Sebaik-baiknya cintailah Tuhan kita yang maha Agung kerana Dialah sebaik-baik tempat kita berkasih sayang, tempat meluahkan perasaan yang kita sangat mencintaiNYA. Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


THANKS....

Saturday, September 24, 2011

Bilik 148 Lagi

Kali ni Bilik 148 jadi medan membuat tugasan yang diberi oleh pensyarah masing-masing...
Aku melihat mereka bertungkus lumus untuk mencari bahan-bahan dalam internet mahupun buku-buku ilmiah.
bilik ini seperti bilik mesyuarat tempat untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat dan idea-idea,...

semoga bilik 148 dirahmati.....:-)




Wednesday, September 21, 2011

Cepatnya hari berlalu

agrh!!!!!!!!!!!!.... cepatnya masa berlalu sehingga aku tidak sedar. Aku rasa minggu lepas baru je berlalu, kini minggu ini akan menjadi minggu depan, Minggu depan akan menjadi minggu-minggu seterusnya...cepatnya...mungkin ini lah yang dikatakan tanda-tanda hari akan khiamat...Aku rasa minggu lepas baru je aku lalui hari khamis, pejamcelik-pejamcelik esok dah hari khamis lagi...waktu-waktu!!!! kenapa ENGKAU berlalu begitu pantas.. Walaubagaimanapun aku tetap lalui masa-masa yang pantas ini, "kata orang tua-tua siapa yang lambat akan ketinggalan siapa yang cepat akan di puncak kejayaan...jadi aku harus pantas untuk menuju kepuncak kejayaan...heee... jadi tolonglah kawan-kawan ye, kejutkan aku jika aku tertidur, bangunkan aku jika aku terjatuh, sedarkan aku jika aku terlupa...terima kasih MASA kerana sedarkan diri untuk terus mengingati Tuhan Yang Satu (ALLAH)...AMIN...

Friday, September 16, 2011

Ubat Penyambung Nyawa

Aku mempunyai sakit jantung berlubang. Sebelum aku di bedah doktor ada bagi tau mak aku yang aku akan mati jika aku tidak dibedah. Mak aku merahsiakan perkara ini untuk menjaga perasaan aku. sepanjang aku menghidap sakit jantung, nyawa aku bergantung dengan ubat yang diberikan oleh doktor. Setiap hari pagi, siang, petang, malam aku makan ubat itu untuk memberikan aku kesihatan yang secukupnya, sehinggakan tumbesaran aku sedikit terencat dan daya ingatan aku sangat rendah, sehingga aku belajar pun susah untuk aku menangkap apa yang cikgu aku ajarkan, tetapi aku percaya ALLAH disamping aku, aku sentiasa berdoa agar kesihatan aku lebih sihat dan ditinggikan daya ingatan aku. AMIN.    

Thursday, September 15, 2011

Bilik 148

Saya tinggal di kolej 14 dan bilik saya bernombor 148. Walaupun bilik ini tidak seindah seperti bilik di rumah saya, tetapi bilik 148 mempunyai cerita yang tersendiri. Bilik 148 didiami saya dan rakan saya iaitu Mohd Fazol. Faizol seorang yang pendiam tetapi mempunyai kemahiran komputer yang hebat. Dia seorang  yang celik IT. 
  Bilik 148 menjadi tumpuan rakan-rakan saya, kerana di bilik ini lah tempat untuk mereka bergurau senda, menonton filem, tempat perbincangan mengenai pelajaran, tempat menyelesaikan masalah rakan-rakan. Saya mempunyai 9 kawan yang sangat rapat. Merekalah yang sentiasa memeriahkan bilik 148 ini. Tanpa mereka bilik ini sunyi tanpa kata, tanpa gurau senda, ketawa hilang entah kemana. Apabila melihat rakan-rakan saya ini berada di bilik 148 ini, saya melihat wajah-wajah mereka sangat indah, sangat ceria, membawa seribu satu senyuman. Saya sebagai tuan bilik 148, suka melihat gelagat mereka, mereka membawa seribu satu cerita ceria, yang paling indah sekali mereka solat berjemaah di bilik ini. Saya sangat terharu apabila mereka menjadikan bilik 148 ini seperti masjid yang sangat indah dan ceria. 
  akhir kata persahabatan yang dibina sejak masuk Universiti ini harap dikekalkan sehingga kita menjulang segulung ijazah, yang paling saya harapkan janganlah lupa bilik 148 ini yang banyak membawa kenangan apabila kita keluar nanti. Akhir tulisan saya ini, saya ingin berterima kasih kepada Hazim, Amin, Fadli, Faizal, Fairuz, Syafiq, Faizol, Anas,  Firdaus   (bapak)   yang sudi menjadikan diri ini sebahagian daripada kehidupan anda. Terima kasih semua.