Sunday, December 30, 2012

2012 yang indah

Assalammualaikum...

Tepat jam dua belas malam ini, tahun 2012 akan meninggalkan kita dengan pahit manis pengalaman yang di tempoh. Suka duka, tangis tawa adalah buah tangan yang kita dapat daripada tahun 2012 ini. Seperti saya, tahun 2012 ini adalah sejarah yang tidak dapat saya lupakan kerana penuh kemanisan yang cukup berharga. Saya kira usaha gigih saya selama ini membuah hasil yang ranum dan boleh di kategorikan membanggakan dengan usia setahun jagung dalam bidang penulisan kreatif, saya dapat menikmati keindahan alam penulisan yang penuh cabaran dan dugaan. Alhamdulillah 2012 adalah tahun permulaan yang baik untuk saya terbang lebih tinggi di dalam dunia penulisan kreatif. Sebagai permulaan insan yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan kreatif, karya puisi saya telah tersiar sebanyak 12 buah puisi manakala cerpen pula sebanyak 2 buah cerpen. Saya kira ini adalah satu permulaan yang baik dalam diri saya. Walaupun jumlah karya yang tersiar tidak banyak tetapi ia cukup membanggakan diri saya yang baru sahaja terjun ke dalam dunia penulisan kreatif. Insyaallah pada tahun 2013 yang akan menjelma, saya akan tingkatkan usaha untuk memperbaiki tulisan-tulisan saya, dan lebih gigih membentuh ummah, dan memberi ingatan dan peringatan kepada masyarakat melalui puisi mahupun cerpen. Di bawah ini adalah senarai karya saya yang telah tersiar.


Tahun 2012

Puisi

1)      Indahnya Penderitaan
(Tunas Cipta-Febuari 2012)

2)      Pemandu Bas
(Tunas Cipta-Mei 2012)

3)      Bonda
(Dewan Siswa-Mei 2012)

4)      Gurindam Anak Muda
(Tunas Cipta-Julai 2012)

5)      Buku
(Pelita Bahasa-Julai 2012)

6)      Mutiara Bangsa
(Tunas Cipta-Ogos 2012)

7)      Senyuman Wajah Kemerdekaan
(Akhbar Warta Perdana-Ahad 9 September 2012)

8)      Bahtera
(Dewan Siswa-September 2012)

9)      Merdekalah Bahasaku
(Pelita Bahasa-Oktober 2012)

10)  Wanita Global
(Wanita-November 2012)

11)  Permata Negara
(Tunas Cipta-November 2012)

12)  Selimut
(Akhbar Berita Minggu-Ahad 16 Disember 2012)


Cerpen

 1)      Pesan Pak Tua
(Akhbar Warta Perdana-Ahad 20 MEI 2012)

2)      Serkap Jarang
(Pelita Bahasa- September 2012)



Monday, December 17, 2012

Karya Puisi: "Diari Tahun Baru" Di Majalah Wanita Edisi Januari 2013

Assalammualaikum...

Sekali lagi ucapan syukur kepada hadrat Ilahi kerana memberi ruang dan peluang untuk saya mengembangkan bakat penulisan saya. Juga ucapan terima kasih juga kepada pihak editor majalah Wanita kerana telah menilai karya saya dan menyiarkannya. Terima kasih. Ini adalah kali kedua karya saya tersiar di majalah Wanita. Tema puisi ini mengenai tahun baru yang akan menjelang dengan harapan akan ada warna-warna harmoni yang akan terhidang. Harapan saya tahun baru yang akan menjelang ini tiada haru-biru yang akan mewarnai negara tercinta ini. Keamanan dan perpaduan amat di harapkan. Alhamdulillah Allah masih beri saya ilham untuk memberi peringatan dan pengajaran kepada diri saya juga masyarakat di luar sana.




Puisi "Diari Tahun Baru" menghiasi majalah Wanita Januari 2013




P/s: Mengharap keamanan kan terhidang di atas negara tercinta.
 Puisi ini sangat bermakna untuk diri saya.


Saturday, December 15, 2012

Karya Puisi: "Selimut" Di Akhbar Berita Harian Ahad 16.12.12

Assalammualikum...

Alhamdulillah rezeki akhir tahun menyebelahi diri. Terima kasih editor Akhbar Berita Harian (ahad) yang telah menilai karya saya untuk di muatkan di dalam ruangan karya kreatif pada minggu ini. Karya ini temanya musuh dalam selimut...hati-hati. Musuh dalam selimut lah paling bahaya. Dan terima kasih juga kepada Allah S.W.T kerana memberi pinjaman ilham kepada saya untuk menukilkan peringatan kepada insan-insan di luar sana. Ini adalah karya pertama saya yang tersiar di akhbar Berita Harian (Ahad), setelah banyak kali mencuba dan alhamdulillah "Selimut" telah mendapat tempat di hati editor akhbar Berita Harian (Ahad). Saya baharu pandai melukis kata, jika ada cacat cela sila-sila memberi komentar dari hati anda. Terima Kasih.


Di Akhbar Berita Harian (Ahad)