Thursday, January 19, 2012

Kampung Halaman

Assalammualaikum,

Tiba-tiba malan ini, teringat kampung halaman pulak. Padahal kampung aku tu tak la best sangat, lagi-lagi remaja yang sebaya aku dah tak ada, mereka dah berhijrah mencari kehidupan yang sempurna.Erm, kadang-kadang bercerita tentang kampung ni seronok jugak, sebab di kampung la kita diajar menjadi manusia, sejak dari kecil ibu dan ayahlah yang mendidik kita menjadi insan yang  harus hormat terhadap masyarakat di sekeliling kita. hidup bermasyarakat sangat penting bila kita duduk di kampung. 

Sepanjang aku menetap di kampung, di lahirkan di kampung, banyak aku belajar tentang adab sopan, hormat-menghormati dan saling tolong menolong. Yang paling best dan seronok sekali hidup di kampung semasa zaman kecil-kecil dahulu. Memang seronok bila dapat jumpa kawan, mula la pelbagai rancangan nakal yang spontan di lakukan, contohnya, curi rambutan, cempedak, paling best kena perambat dengan orang kampung sebab curi rambutan dia, ah memang tak dapat kejar la pakcik tu, sebab kita orang ni macam lipas kudung kalau berlari.

Aku rasa paling best sangat-sangat duduk di kampung, selepas balik dari sekolah agama sebelah petang, dengan tak tukar pakaian sekolah, cepat-cepat ambil botol yang berisi guli, terus kumpulkan kawan-kawan untuk lawan sapa paling hebat main guli, sudah semestinya aku la yang paling hebat kalau nak guna bahasa kampungnya ialah jaguh kampung, heee,mereka sebenarnya kalah dengan jambak aku, lepas tu bila aku nak main pada esok harinya, memang aku di ketepikan, mereka cakap aku main jambak, padahal jambak aku tak la hebat sangat, kawan aku lagi sorang lagi hebat jambaknya sampai langkah dua kaki lagi. Yang paling aku tak dapat lupakan, kawan aku main guli sambil menangis, ah, sungguh pilu waktu itu, heee.

Erm, korang pernah dengar tak perkataan "nguber", ha, aku dan adik aku bersama kawan-kawan aku, suka nguber.Nguber tu bahasa selenga kawan-kawan aku dekat kampung, maksudnya mandi parit atau mandi sungai, heee. Ada jugak la peristiwa nguber ni, aku dan adik aku lemas dekat sungai, nasib baik la ada kawan aku yang pandai berenang ni selamatkan aku..kalau tidak, erm alamatnya tujuh hari tujuh malam la orang kampung aku makan free. heee

Tapi aku memang suka sangat duduk kampung, sebab dekat kampung sangat la damai, tenang, tak de la kebisingan kenderaan yang tak berhenti enjinnya menjerit untuk pulang dan balik kerja, tak ada la bunyi anjing yang menyalak buruk sangka terhadap orang yang lalu didepan rumah penjaganya. Ah, macam mana la orang di kota raya boleh hidup dengan kesesakan,kebisingan yang kedamaian dan ketenangan di ragut serta- merta. Argh... tidak.

Dikampung la aku membesar dan menjadi dewasa. Darah yang mengalir inilah berasal dari kampung halaman yang permai dan damai. 
Setinggi mana kita berada ingat asal usul kita.


P/S: Erm, aku tak sangka, mak n ayah aku boleh kawin satu kampung.
yang bestnya kalau hari raya, tak payah nak gaduh-gaduh nak balik rumah sapa.
sebab rumah bapak mertua satu kampung je.
aku dan adik beradik aku kalau nak pergi rumah atok aku, jalan kaki je,
inilah tradisi kami sekeluarga lakukan setiap hari raya menjelang.

Wednesday, January 18, 2012

Mandala Dunia Kedua

Assalammualaikum,

Malam ini aku ingin bercerita tentang novel terakhir novelis, yang tidak asing dalam dunia Kesusasteraan Melayu,
iaitu, Al-marhum Azizi Haji Abdullah yang telah meninggal dunia pada usia 69 tahun selepas di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU),di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos 2011.

Sebelum aku menceritakan serba ringkas tentang novel ini, apa kiranya kita sedekahkan sekalung AL-Fatihah untuk beliau...AL-Fatihah........Amin....

Sebelum itu, aku ingin meletakkan kata-kata terakhirnya yang ditulis didalam blognya sendiri mengenai novelnya ini..



"Novel terbaru yang baru siap setebal 299 muka bertajuk ‘MANDALA DUNIA KE DUA’ mujur menjadi peneman. Untuk edit kali ke 8 dan terakhir dapat juga dilakukan secara penyegan. Alhamdulillah rasanya sempat habis sebelum bedah. Jika hayat saya pendek, barangkali inilah novel terakhir saya."
- petikan daripada tulisan Allahyarham di dalam blognya- 

Inilah kata-kata terakhir Al-Marhum Azizi Haji Abdullah, yang mana beliau seakan mengetahui bahawa inilah novel terakhir yang akan dihasilkan, dan ini lah yang terakhir untuk beliau berjuang dalam dunia kesusasteraan. 

Mandala Dunia Kedua, sangat mendalam pemikirannya, yang menceritakan tentang keagungan alam ciptaan Tuhan, dan sinis dalam memperkatakan tentang kesebukan kota raya, kebobrokan manusia mengejar kemewahan harta, sosial, dan hiruk-pikuk kenderaan yang terlalu sesak, sehinggakan menimbulkan kebencian dua watak yang digarap oleh Sima dan Jone. Mereka sangat bencikan kebebasan sosial masyarakat terutama anak muda yang terlalu bebas dalam kehidupannya, yang benci tentang kebobrokan manusia dalam mengejar kemewahan yang sementara, benci terhadap hiruk-pikuk kenderaan yang terlalu banyak, alam sekitar yang begitu menjijikkan, sikap manusia yang pentingkan diri, membuatkan mereka berdua sepakat untuk tinggal selamanya di Dunia Kedua, iaitu di tengah belantara Banjaran Titiwangsa.

Sepeninggalan mereka didalam hutan belantara ini, Al-Marhum, dengan pemikiran tentang alam, memberikan gambaran keindahan alam flora dan fauna yang tersergam indah didalam hutan belantara itu, pelbagai tumbuhan, serangga dan pepohonan yang pelbagai memberi ketenangan dan kenikmatan untuk mereka membina Mandala yang indah. 

Al-Marhum, dengan pemikiran dan logik fikiran yang berilmu, menjalin cerita dengan begitu indah, penggunaan bahasanya mengalir deras ke luhur hati yang bersih, sehingga pemikirannya tentang alam, memberi gambaran beliau sangat mencintai alam yang damai, tenang, dan harmoni yang tidak dicemari dengan kebobrokan manusiawi yang hiruk-pikuk, kebebasan sosial yang melampau, kejelikan manusiawi yang membingungkan, tetapi dengan terciptanya Mandala Dunia Kedua memberi inspirasi untuk pembaca mengenal alam, mencintai alam, dan harus memelihara alam bukannya kerakusan manusia mengkoyak rabakkan alam demi kepentingan kendiri.Dan ini adalah kata-kata semangat oleh novelis dan Ketua Satu Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI)
"Bahasa perasaannya mengalir tenang. Dunia Kedua tanpa kekusutan
bagaikan terlukis di hadapan, membawa pembaca tidak hanya 
mengkagumi ciptaan tetapi melantun tasbih memuji Tuhan."

-Fatimah Syarha Mohd Noordin-Novelis-


Azizi berjaya menghidupkan watak dengan berkesan.
Belaiu mengkaji dengan mendalam mengenai geografi hutan,
jenis-jenis pokok, khasiat serta kegunaannya dan menyerapkannya 
kedalam dua watak.

Tidak syak lagi, Azizi melalui novel terakhirnya ini, 
mempersembahkan kelainan persoalan yang merentap
pemikiran kita supaya menghayatinya.
Sebagai novelis besar abad ini, Azizi meninggalkan buah tangan 
yang bernilai bagi generasi dan peminat sastera tanah air kita.

Dr. Osman Ayop
-Ketua Satu Angkatan Sasterawan Nasional Kedah
(ASASI), cerpenis dan novelis veteran.

Ini lah novel terakhir Beliau yang akan memberi pengajaran kepada masyarakat agar sentiasa meletakkan hati dan jiwa untuk memelihara keindahan alam, dan sentiasa meletakkan diri kita sebagai insan yang beriman dan bertakwa, hidup ini hanyalah sementara, bukan untuk mengejar kebebasan semata, tetapi hidup ini adalah ibadah, melaksanakna segala yang diperintah dan meninggalkan segala yang di tegah. Nikmatilah alam yang indah dengan menghayati setiap rinci tulisan didalam Mandala Dunia Kedua pasti anda akan rindu dan cinta terhadap alam, pepohonan, beburung, kebebasan, kedamaian, dan ketenangan yang memberi kita kenikmatan yang abadi.

 

 
-Inilah novel terbaharu dan terakhir Al-Marhum Azizi Haji Abdullah.-




P/S: Sebelum ni aku pernah baca dan buat kajian tentang novelnya yang bercerita
tentang masyarakat yang mempertahankan hak maruah bendang iaitu novelnya yang bertajuk 
"Harga Sebuah Maruah"
Novel ni Best sangat, mendidik kita mempertahankan maruah
tidak mementingkan wang ringgat tetapi maruah harus di julang tinggi.



Dia Yang Berjiwa Damai

Tiada lagi insan berjiwa rakyat
yang sinis bercerita tentang masyarakat lupa hakikat
hatinya tulus melontar nasihat
sentiasa membaja dan menabur azimat
kini tiada lagi Seorang Tua Di Kaki Gunung
Tiada lagi Ayahanda
Tiada lagi Kawin-Kawin
tiada lagi Daerah Beta
tiada lagi Badai Cinta
Beruk
Anak Belantara
Sangeetha
Tiada lagi bendang yang bercerita Harga Sebuah Maruah
Dan pemikiran terakhir membawa seribu ketenangan
harga yang tidak ternilai
dijadikan buah tangan untuk para pembaca tegar
untuk dunia sastera
Mandala Dunia Kedua
melambai tenang
mencipta damai alam
membongkar rahsia kemakmuran flora dan fauna
pemikiran yang tulus 
yang mencipta salju damai
yang menabur bintang-bintang makmur
yang sentiasa memuji hakikat keagungan pencipta alam
hati dan jiwanya bersatu mencipta satu daerah 
yang dihiasi bunga-bunga kemasyarakatan
yang inginkan damai
ketenangan
kemakmuran

Efandi Yusop
(Untuk AL-Marhum Azizi Haji Abdullah)

-Sekian Wassalam-

Monday, January 16, 2012

Kelemahan atau sengaja lupa

 Assalammualaikum,

Erm, apa yang aku nak cerita ni berkenaan dengan diri aku sendiri...
Mesti korang sedih kan bila awek korang atau pakwe korang terlupa wish bezday korang, mesti rasa macam tak dihargai je..

Erm...ni la kelemahan aku, susah nak ingat bezday kawan-kawan..sehinggakan kawan aku yang bagi tau "hari ni bezday aku" ah shit!, tu la kelemahan aku. Tapi adakah itu kelemahan aku atau aku sengaja lupa atau aku sengaja tak ambil endah tentang tarikh lahir mereka, penting ke ingat tarikh lahir orang? berdosa ke tak ucapkan "selamat hari jadi" kat diorang...erm, sebenarnya aku memang tak ambil endah pun tarikh lahir orang, tapi aku sangat-sangat hargai sape-sape yang wish aku punya bezday "thanks"...

Kepada kawan-kawan aku mintak maaf dulu la ye, kalau-kalau aku tak wish bezday korang, aku tak ambil pot sangat tentang bezday orang ni...hee sory to say...Ha kepada bakal awek aku la kan kalau aku ada awek la, sory kalau aku tak wish bezday ko, sebab aku tak ambil pot tentang bezday orang.. sebab kalu aku wish nanti mesti ko ingat aku nak bagi hadiah, hahahah, tak mungkin aku bagi...sebab tu tak penting... jangan nak merajuk-merajuk kalau aku terlupa atau sengaja aku lupa wish bezday ko...sebab aku tak kan pujuk orang yang merajuk sebab aku rasa tu adalah mentel, kononnya nak ambil perhatian la sangat...hahahh, 

P/S : Kepada kawan aku Saipul Pangat, aku bukan sengaja lupa TETAPI aku memang tak tahu bezday ko bila, bila ko bagi tau kat mesej fb tadi aku rasa terkejut, kawan aku dah besar rupanya...
kalau dah nak kawin nanti jangan lupa jemput aku dengan kad jemputan siap ada reben biru tau...
sory pasal bezday tu, aku memang tak tahu langsung...heee
lagu hari jadi:
hapy bezday to you,
hapy bezday to you,
hapy bezday to you
Saipul Pangat,
hapy bezday to you
"siap tiup lilin aku hadiahkan kat ko Pul...
HEEE, HEEE

Aku dan jemput-jemput

Assalammualaikum,

Apa bezanya jemput-jemput, cengkodok dan pong-pong, mesti pelikkan kenapa aku panggil benda ni pong-pong... Mesti korang pun pernah makan jugak makanan ni cuma panggilan kat tempat korang je yang berbeza...

Sekarang aku dekat rumah kakak aku, yang sulang yang angah pulak rumahnya dekat depan rumah along aku je, kebetulan rumah mereka berdekatan, mereka tinggal di banting selangor.

Petang tadi aku pergi la rumah angah aku, aku tiba-tiba rasa nak goreng-menggoreng pulak, aku goreng la jemput-jemput, mungkin kat tempat korang panggil, cengkodok, atau pun cucur, tapi panggilan peribadi aku, aku panggil makanan ni, ialah pong-pong...heee, pelikkan nama tu, tula walaupun pelik tapi ia tetap sama makanannya, bentuknya, cara masaknya, mesti la kena letak bawang bilis, kalau nak lagi sedap letak la kentang ke, lada ke, taugey ke, atau nak lagi mesra alam letak daun sup, mesti wangi jemput-jemput korang, heee...
cuma tadi aku makan sambal kicapnya tak pedas kalau pedas mesti best, nyaman je aku makan, walaupun sambalnya tadi tak pedas tapi aku rasa puas kerana aku yang goreng sendiri, buat sendiri dan letak pelbagai bahan sendiri, tadi bahannya ialah, bawang bilis, dengan kentang je...best, lagi-lagi kalau kenakan dengan air kopi, peh memang the best la minum petang aku tadi..heee,


P/S: Aku akan duduk kat rumah along aku sampai hari jumaat ni kot
sebab aku akan balik kampung dengan along dan abang ipar aku
kira saving la duit aku tak balik kampung naik bas, heee
Aku masih bertungkus-lumus menghabiskan bacaan novel aku
"Mandala Dunia Kedua"

-see you again n good bye-


Friday, January 13, 2012

Bapak

Assalammualaikum,


Sedang aku main game bola PES 2011, ada satu panggilan yang tak bernama, rupanya bapak aku yang telipon, aku lupa nak save nama bapak aku, padahal dah selalu telipon aku tu, heee, ambil enting aku ni kan..


aku bertanya la khabar dia, sakit dia rupanya belum elok lagi malah kena guna tongkat dah bila dia nak berjalan..erm..dah teruk la tu sakit kakinya tu..mintak-mintak dia cepat sembuh la, dapat dia bekerja semula..


aku tahu dia mesti bosan duduk kat rumah lama-lama tak buat apa-apa, dia ni jenis yang suka buat kerja, kira rajin la jugak bapak aku ni, tup-tup dia sakit pulak, dah lama gak la dia sakit kaki tu..erm


semoga bapak aku cepat sembuh, dapat menjalani kehidupan seperti biasa, amin...



P/S: "Dulu bapak aku sangat-sangat la garang macam harimau yang sedang kelaparan
tapi sekarang dia dah tak garang
dulu habis anak-anaknya di bantai
apa yang dia dapat dia gunakan untuk sebat anak-anaknya untuk mendidik bukan untuk mendera
Alhamdulillah dengan didikan dia menggunakan pelbagai benda untuk menyebat kiteorang 
akhirnya kami adik- beradik telah menjadi orang yang berguna
dia nak anaknya jadi manusia dan ada pelajaran
kerana dia tak ada harta, cuma pelajaranlah yang dapat merubah kehidupan kita.."



-Terima kasih Bapak-

Roti canai

Assalammualaikum,


Pagi-pagi lagi dah ada orang mesej aku, "nak oder apa, aku kat bismillah ni"... akupun terus cergas, cepat-cepat balas mesej tu..


"aku nak roti telur sambal lebih...


tup-tup, sampai kat bilik sambal yang di pesan tak ada, haisyman...makan tanpa sambal kurang enak...adoiyai..


tapi nasib baik ada air nes o ais minuman kegemaran aku...heee hilang sikit kemarahan tadi..



"mula-mula ingat nak makan nasi lemak tapi dah teroder roti telur pulak
tak pe la yang penting makan...heee"

Mat saleh tanya aku umur berapa...

Tadi aku basuh kain, lepas tu aku tunggu la kain tu siap di basuh. Sambil tunggu tu, aku baca la novel Mandala Dunia Kedua


lepas tu aku solat asar, habis solat asar aku sambung balik baca novel tu..


aku rasa macam dah lama je aku membaca, aku pergi ambil kain yang dibasuh tu.


tiba-tiba, datang sorang mat saleh ni baru lepas mandi tanya aku umur berapa , aku jawab la 24 tahun, dia suruh pulak aku teka umur dia berapa, aku bab teka-teka yang aku suka, aku cakap umur ko 28 tahun, tekaan aku meleset, umur dia 27 tahun, hahahahah... kesimpulannya aku tak boleh masuk pertandingan teka meneka...hahahh nanti kalah...

cuaca sejuk petang ni, tadi hujan lebat
aku tak tahu nak balik bila
kenapa keputusan tak dapat dicapai lagi
bingung...

Thursday, January 12, 2012

sunyi

Sunyi rasanya kawan-kawan aku dah balik semua..


tinggal aku je yang belum balik, padahal exam dah habis, nak tunggu apa lagi pun aku tak tahu adoyai....


sekarang duduk kat dalam bilik sorang-sorang n bilik aku ni pun dah di jadikan store untuk simpan barang-barang..


store sebulan 75 ringgit, tapi budak2 ni bagi tak cukup pun lagi duit tu...mana nak cekau duit lagi ni...tak kan nak mintak sedekah macam orang kat padang tu selalu mintak sambil bagi tisu muka kecil...mak ai jatuh la muka aku yang tak berapa nak jatuh  ni...hahah


dah boring ni...tapi masih memikirkan benda yang pentig tak setel-setel lagi ni...adoi, satu lagi masalah....
dalam dunia ni tak da masalah kan bagus kenapa mesti ada masalah...hahahah


"good bye"
sedang membaca  novel terakhir Azizi hAJI Abdullah
"MANDALA DUNIA KEDUA"

Wednesday, January 11, 2012

pagi-pagi buta dah menyanyi

Aku bangun subuh untuk solat subuh, lepas tu aku duduk la depan destop aku ni untuk bukak internet, tiba-tiba ada dengar budak nyanyi pulak kat blog sebelah aku. Dah la nyanyi sekerat je, dah tak tahu lirik tu tak yah la nyanyi, buat bising pagi-pagi buta ni je, hampeh tol. kalau nyanyi lagu melayu tu aku ok gak tapi nyanyi lagu inggeris sekerat-sekerat, ala hai budak-budak....nyanyi la sampai hambis biar pagi cam ni dihiasi dengan suara kau yang merdu macam burung sakit tu... hampeh la kau budak...