Monday, February 27, 2012

Ringkasan Sajak "Indahnya Penderitaan" (Tunas Cipta Februari 2012)

 Indahnya Penderitaan

Mungkin ada hikmah disebalik penderitaan
DIA ingin aku mendekatiNya
Merapati keagonganNya
Mensyukuri pemberiannya
Penderitaan ini adalah sebahagian dari kehidupanku
Mengajar aku menjadi tabah
Mendidik aku mengenali kemanisan lautan kesabaran

Indahnya penderitaan yang aku lalui
Menjadikan aku lebih kenal tentangNya
Menjadikan aku bersyukur tentang nikmat-nikmat pemberianNya

Kata ayah dan ibu
Kamu bersabarlah
Akan ada bahagia di dalam jiwamu
Akan ada kejayaan menanti di balik penderitaanmu
Usah kau menjauhi diriNya
Usah Kau mendekati laranganNya
Jadikanlah penderiaan yang kau lalui ini sebagai semangat
Jadikan penderitaanmu pemangkin menuju kejayaan

Kata ayah dan ibu itu benar
Penderitaan itu sangat indah
Penuh kemanisan
Penuh kelazatan
Insan menanggung penderitaan jantung berlubang
Telah mendaki tinggi
Menggapai bintang di langit terbentang
Mengembangkan kepak-kepak kejayaannya
Terima Kasih Tuhan Yang Satu
Kerana beri aku peluang menikmati nikmat-nikmatMu

Efandi Yusop
Parit Raja


Ini adalah sajak pertama aku yang telah tersiar didalam majalah Tunas Cipta Dewan Bahasa dan Pustaka. Alhamdulillah berkat kesabaran aku menghantar karya akhirnya tercapai dan tersiar dalam majalah Tunas Cipta ini. Terima kasih kepada Yang Maha Esa kerana telah memberi kelapangan dan memberi ilham dalam menghasilkan sebuah sajak yang tidak begitu hebat. Dan terima kasih juga kepada Editor Tunas Cipta kerana telah menyiarkan karya saya.
       terhasilnya sajak "Indahnya Penderitaan" kerana saya melihat sejarah kehidupan saya yang tidak seperti orang lain terutama remaja yang sebaya dengan saya. Dari segi fizikal, memang terlihat seperti seorang yang normal tetapi disebaliknya ada satu penderitaan yang saya tanggung dari saya kecil sehingga ke hari ini. iaitu jantung yang tidak normal dan telah mengalami jantung berlubang. Apabila saya menghidap sakit jantung, banyak makan ubat untuk meneruskan kehidupan dan proses pembelajaran saya semasa saya sekolah juga telah memberi impak yang kritikal dalam proses membaca, mengingat, dan menghafal. Penderitaan ini saya lalui dengan penuh kesabaran. Dugaan yang menimpa  saya lalui dengan tabah dan penuh merendah diri ke atas normalnya kehidupan rakan sebaya dengan saya. Dengan kegigihan dan semangat juang yang tinggi saya tabahkan hati, sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan dan semangat untuk meneruskan kehidupan dan proses pembelajaran saya di sekolah rendah dan menengah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah dengan kesabaran yang kuat saya dapat menyambung proses pembelajaran saya di tingkatan enam dan lulus dengan cemerlang sehingga mendapat satu anugerah yang tidak pernah saya impikan iaitu anugerah "Pelajar Cemerlang Seluruh Johor Calon Istimewa". Paling memeranjatkan saya lagi, kejayaan yang diperoleh di garapkan kedalam akhbar metro dan akhbar-akhbar yang lain. Selepas memperoleh kejayaan di tingkatan enam saya telah diterima melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia dalam Bacelor Sastera (Pengkhususan Kesusasteraan Melayu). Inilah kejayaan-kejayaan yang telah saya kecapi dalam saya menempuh penderitaan menahan sakit jantung berlubang. Kejayaan ini adalah satu anugerah daripada Allah yang tak pernah saya impikan tetapi dengan doa yang hari-hari saya mohon kepada Yang Maha Esa, alhamdulillah Allah telah memperkenankan doa saya. Terima Kasih Allah. Itulah serba sedikit sinopsis sajak "Indahnya Penderitaan" yang saya garap daripada kisah diri saya sendiri. 


P/S: Tak sangka sajak aku keluar bersama-sama sajak Muhammad Afzan Bin Ismail dengan sajaknya "Lalang".

Tuesday, February 21, 2012

Semoga Dia sihat

Assalammualaikum...


malam ini, aku nak berdoa dalam bentuk tulisan. doa aku ditujukan untuk ayah aku dan rakan aku. Umyuk ayah aku, semoga Dia cepat sembuh, dapat berjalan sedia kala, agar urat sarafnya kembali elok dan sihat sentiasa. Kepada ayah, banyak kan bersabar yea, ini semua dugaan daripada ALLAH S.W.T, perbanyakkan berdoa, jangan cepat marah-marah masa sakit-sakit tu..Kepada Emak, sabar yea dalam menjaga suami mu, banyakkan berdoa, tabahkan hatimu, insayaallah penyakit suamimu merangkap ayahku sembuh dan sihat sediakala. Ya Allah berikanlah kesihatan kepada Ayahku, semoga penyakitnya beransur pulih. Aku tahu ini adalah sebahagian daripada ujianmu kepada hambamu.


Kepada sahabatku yang bernama Muhammad Fadli B. Ramli, semoga demam campakmu hilang dan pulih sediakala, bersabar yea, banyakkan berdoa, mungkin ada hikmah disebalik kesakitan yang kau alami. Ini adalah sebahagian daripada ujian yang Allah kurniakan kepadamu, semoga kau tabah dalam mengharungi kesakitan yang singkat ini. Kuatkan imanmu, tabahkan jiwamu.



P/S: Teringat masa aku sakit batu karang dulu, sangat-sangat la sakit. Masa tu kena masa peperiksaan STPM
subjek Bahasa Melayu Kertas 1 masa dibagi 2 jam, aku tak jawab langsung dalam masa 2 jam tu menahan kesakitan. nasib baik ketua pengawas yang jaga peperiksaan masa tu bagi aku masa tambahan setengah jam je. Aku apelagi jawab la yang termampu tanpa melihat soalan aku bulatkan huruf yang ada jawapan. Alhamdulillah keberkatan sakit yang Allah beri dekat aku, aku lulus subjek bahasa melayu tu.Ada hikmah disebalik kesakitan yang Allah beri.