Wednesday, June 20, 2012

Sedih dalam Gembira

Assalammualaikum...


Sedih dalam gembira? apa pula la masalahnya ni...Sebab sedih ayah aku di masukkan ke wad lagi, kali ni dejat hospital JB...erm... semoga dia sihat la hendaknya. Gembira pula aku dah tamat pengajian di Upm, tetapi pencarian ilmu harus di teruskan lagi. Bukan dah habis belaja di Upm bermakna aku dah tak perlu menuntut ilmu. Menuntut ilmu itu haruslah berkekalan sehingga kita bertemu Pencipta kita. Alhamdulillah la segalanya berjalan dengan lancar. Ada lagi beri gembira yang aku terima.. tetapi tak nak cerita dulu tunggu bulan 7 nanti...baru aku cerita tak la best sangat tapi boleh la nak di kongsikan... Berita sedih ada lagi... erm sedih gak nak tinggalkan kawan-kawan yang kita rapat selama 3 tahun kat Upm ni... tapi nak buat macam mana kita perlu berbisah mencari haluan masing-masing. Diharapkan kamu semua dapat kerja yang baik-baik dan dapat hidup bahagia...amin. 

Friday, June 8, 2012

Terima Kasih

Salam.

Mungkin belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari ibu, dan kepada guru-guru sekolah SMK  Sri Gading yang pernah mendidik saya selama ini. Juga tidak lupa juga kepada guru di SMK Tun Ismail yang telah banyak menabur bakti mengajar saya sehingga saya menggapai menara ilmu di UPM. Kepada ibu yang tersayang juga di ucapkan selamat hari ibu dan kepada ibu-ibu di seluruh dunia. dan juga selamat hari bapa.

Bulan Mei telah meninggalkan kita dengan begitu pantas dan bayang kerinduan telah hilang menggantikan bulan jun yang menjelma dengan damai eloknya. Mungkin belum terlambat untuk mengucapkan terima kasih kepada editor yang telah menyiarkan karya saya, di Tunas Cipta, Akhbar Perdana juga di Dewan Siswa. Bulan Mei lalu adalah bulan yang paling memeranjatkan saya kerana tiga karya saya telah tersiar. Di majalah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu, Tunas Cipta dan Dewan Siswa. Terima kasih kepada editor majalah Tunas Cipta iaitu Encik Ghani Abu yang telah memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berkarya di dalam majalah itu juga kepada editor majalah Dewan Siswa dan editor Warta Perdana. Karya "Pemandu Bas" adalah hasil pemerhatian saya setelah saya berulang alik dari Kuala Lumpur ke Johor. Karya "Bonda" yang tersiar di majalah Dewan Siswa sangat memeranjatkan saya kerana saya tidak menyangka karya ini akan keluar. Sajak ini mengisahkan pengorbanan seorang ibu dalam memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya. Dalam Akbar Warta Perdana, lain pula ceritanya iaitu cerpen saya telah tersiar di dalam Akhbar ini dengan judulnya "Pesan Pak Tua". Cerpen ini mengesahkan seorang penduduk kampung yang tegar bermain judi iaitu tikam ekor. Lalu muncul seorang Pak Tua yang sering memberi nasihat, tetapi nasihatnya itu tidak di endahkan. Kesimpulan cerpen ini penduduk kampung itu akhirnya insaf dan kesal dengan perbuatannya itu. Jika ingin membaca karya cerpen saya, belilah Warta Perdana.:).

Akhir sekali, ribuan terima kasih sekali lagi kepada editor yang telah menyiarkan karya saya, dan insyaallah saya akan lebih gigih dalam menghasilkan karya yang bermutu untuk tatapan para pembaca juga peminat karya kreatif. Selagi nyawa masih di badan, tangan dan akal akan cergar menafsir, lalu akan tercerna sebuah nukilan. Sekian Wassalam.