Tuesday, September 25, 2012

Karya Cerpen: "Serkap Jarang" Di Pelita Bahasa Edisi September 2012

Assalammualaikum...

Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana masih memberikan nikmat ilham untuk say meneruskan pejuangan memberikan ilmu dan pengajaran terhadapt masyarakat. Apabila karya ini tersiar hati saya tersangat gembira apatah lagi karya cerpen ini adalah yang kedua tersiar selepas karya Pesan Pak Tua di Warta Perdana. Serkap Jarang mencerita perihal masyarakat kampung yang sering menuduh antara satu sama lain. Cerita di mulakan dengan watak 'aku' (Galak) yang suka merayau di waktu tengah malam. Cerita di garap dengan adanya peristiwa kecurian di surau yang mana tabung surau di dipecahkan dan kesemua duit tabung lesap di curi. Pelbagai peristiwa di lontarkan di dalam cerpen ini. Sebelum peristiwa demi peristiwa di wujudkan watak 'Awang' di wujudkan yang mana Awang ialah salah seorang anak kepada Dolah yang berpelajaran tinggi dan sedang menunggu pekerjaan. Selepas itu masyarakat kampung sering menuduh Galak bahawa dialah yang sering mengoyak-ngoyakkan kain perpaduan kampung. Masyarakat kampung juga menuduh Galak seorang yang bertopengkan syaitan. Pada akhir cerita segala jawapan terjawab juga anak Dolah di tangkap Galak telah di lepaskan.





p/s: Saya berharap pada zaman globalisasi ini tidak perlu kita tuduh-menuduh, menuding jari antara satu sama lain. sebaliknya jika ada sesebuah maslah itu haruslah kita selidik dahulu barulah kita ambil tindakan yang sewajarnya. Sekian.

Karya Puisi: "Bahtera" Di Dewan Siswa Edisi September 2012

Assalammualaikum..

Syukur kepada Allah S.W.T yang telah memberikan ilham untuk saya terus berkarya. Karya kali ini yang telah tersiar di Majalah Dewan Siswa menceritakan tentang remaja perlu kental dalam melayari bahtera kehidupan. Kecekalan dan ketabahan harus membentuk keberanian jitu agar kehidupan yang tidak bermata ini akan dapat kita lalui dengan penuh wibawa dan dapat melawan segala anasir murka yang sering mengekori kita sejak kita di lahirkan di atas bumi bertuah ini. Remaja kini, usah terlalu leka dan seronok dalam mendepani kehidupan yang penuh tipu daya. Benang keimanan harus di ikat dengan seketat yang mungkin agar kita tidak terjerumus di lembah penyesalan.Saya menyeru kepada remaja kini agar dapat menyusun langkah hebat dalam mendepani dunia yang penuh onak duri.








p/s: Terima kasih kepada pengkritik yang telah memberikan sedikit nasihat terhadaap karya ini. 
Saya akan perbaiki karya saya dari masa ke semasa.

Tuesday, September 18, 2012

Kenduri Di Rumah

Assalammualaikum...

Rasanya dah lama rumah di kampung tidak membuat kenduri. Baru-baru ini, rumah di kampung membuat kenduri kesyukuran sebab kakak dan kakak ipar telah mengandung tujuh bulan. Kata orang jawa kenduri lenggang perut . Sangat meriah dan sangat seronok. Yang paling seronoknya ialah cucu-cucu mak dan abah. Mereka berlari-larian, seronok melihat telatah mereka. Mak dan Abah tak cukup tangan melayan tetamu yang datang. Masa itu memang sangat seronok kerana adik-beradik saya semua pulang ke kampung, jadi gegak gempita la rumah masa itu. semuanya nak bercerita, hal maklumlah sesekali jumpa. Bila dah jumpa semuanya riuh rendahlah jawabnya. Inilah suasana kenduri di kampung saya.






Kanak-kanak inilah yang akan mewarisi adat dan budaya makan di dalam dulang beramai-ramai
kata orang jawa "makan ambeng".




Saudara mara terdekat yang hadir memeriahkan majlis kenduri.




Melayan karenah kanak-kanak yang sedang menjamu selera.




tetamu yang hadir sedang menjamu selera.









Imam memimpin bacaan doa selepas makan.









Saudara mara menjamu selera.









Besan Abah dan Mak sedang menjamu selera (Mak mertua abang)









Bertungkus lumus membasuh pinggan dan mangkuk yang telah di gunakan.



Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih di ucapkan kepada para penduduk kampung yang telah hadir dalam majlis kenduri di rumah. Tidak lupa juga kepada saudara mara saya yang sudi datang dan menyumbang tenaga untuk menjayakan majlis ini. Semoga kakak dan kakak ipar saya mendapat anak yang pertama yang comel dan di kuniakan kesihatan yang sempurna-Amin.


Monday, September 17, 2012

Makna Sebuah Kejayaan

Assalammualaikum...

Kejayaan yang kita kecapi sekarang bukanlah kejayaan yang sebenar-benar kejayaan. Harus kita fikir dan mendalami makna sebuah kejayaan itu. Kejayaan bukan sekadar kita berjaya dalam kehidupan mahupun kita telah berjaya mencipta ataupun berjaya menyelesaikan sebuah permasalahan. Cuba tanya diri kita sendiri, hidup ini adakah semata-mata untuk berjaya dalam kehidupan dan segala perintah yang di suruh kita tinggalkan. Konteks kejayaan pada zaman sekarang adalah berjaya dalam kehidupan, dapat belajar di universiti, dapat rumah besar, kereta besar, wang ringgit berjuta-juta. Adakah ini kejayaan yang sebenar?, saya fikir tidak. Kejayaan yang sebenar adalah kita di terima masuk ke dalam syurga Allah S.W.T. Itulah kejayaan paling besar untuk kita hargai. Memang kita perlu untuk berjaya dalam kehidupan tetapi usahlah kita sewenang-wenangnya meninggalkan segala perintah-Nya. kita harus seiring dalam mencipta kejayaan di dunia dan di akhirat

Thursday, September 13, 2012

Ribut di Seri Serdang

Assalammualaikum...

sedang saya dan kawan-kawan saya menuju ke Seri Serdang untuk makan malam, tiba-tiba angin kuat berlaku di situ, di iringi gerimis halus. Saya dan kawan saya (bapak) menuju ke bank untuk memasukkan duit ke dalam banks itu. Dalam perjalanan menuju ke bank angin yang sangat kuat berlaku sehingga menjatuhkan papan tanda restauran Maulana yang berada di Seri Serdang. Bukan itu sahaja, pasu bunga yang berada di tepi-tepi kedai di situ juga turut tumbang. Saya yang sedang menunggu kawan saya di bank terus melaungkan  azan. Alhamdulillah dengan takdir Allah S.W.T angin yang begitu kuat tadi beransur reda. Alhamdulillah.



p/s: Masa itu hati saya sangat takut apabila angin kuat itu berlaku. Alhamdulillah ia reda dengan kehendak Allah. Amin.

Wednesday, September 12, 2012

Redha

Assalammualaikum...

Hari ini aku redha dengan segala ketentuan-Nya. Basuh pakaian dengan penuh semangat dengan harapan akan kering dan dapat di pakai semula. Tetapi segala yang kita rancang tidak semestinya di makbulkan. Siap basuh, aku jemur pakaian itu, tetapi dengan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, dan pakaian aku pun tidak kering dan lembab sehingga sekarang...:)
       
       




p/s: Mengharap pakaian yang di jemur semula akan kering dan dapat di pakai dengan jayanya.
Sebelum mengakhiri tulisan ini, aku mendoakan kesihatan kawan aku yang bernama Firdaus Wahidon (Firwa) akan sentiasa sihat. Amin.

Monday, September 10, 2012

Karya Puisi: "Senyuman Wajah Kemerdekaan" di Akhbar Warta Perdana (Ahad 16 September 2012)





Assalammualaikum...

Terima kasih di ucapkan kepada editor Akhbar Warta Perdana kerana telah memilih karya saya untuk siaran kali ini (Ahad 16 September 2012).

Karya Senyuman Wajah Kemerdekaan sudah tentunya bertemakan tentang semangat kemerdekaan yang telah disambut pada 31 Ogos 2012 yang lalu. Semangat dan cinta akan tanah air, saya terjemahkan dalam bentuk puisi bahawa kasih sayang saya pada negara amat tinggi dan sepenuh jiwa. Saya berharap rakyat di negara ini juga harus mempunyai rasa cinta terhadap negara yang penuh keamanan dan keharmonian. inilah negara yang paling saya cinta dan sayangi. Inilah tanah merdeka yang harus di pelihara oleh kita semua.


p/s: Saya sangat gembira apabila karya ini tersiar di dalam akhbar warta perdana. inilah hasil usaha yang tidak putus-putus, dan hasilnya sangat bermakna di dalam jiwa saya. Mengutip kata Mohd Helmi Ahmad "karya yang tersiar di majalah mahupun di akbar adalah suatu kemenangan". (telah memberi perangsang kepada saya untuk terus berkarya).  



Karya Puisi: "Mutiara Bangsa" di Majalah Tunas Cipta Edisi Ogos



Assalammualaikum...

Terima kasih kepada editor Tunas Cipta iaitu Encik Ghani Abu yang telah memilih karya saya untuk siaran kali ini.

Karya Mutiara Bangsa ini bertujuan mengangkat jati diri remaja untuk terus memelihara dan mencintai tanah air tercinta. Remaja pada zaman kini harus meletakkan sepenuh jiwa raganya untuk berjuang mempertahankan kedaulatan negara tercinta. Keamanan yang sedia ada harus di peliharan oleh generasi muda kini agar tiada anasir durja yang terpalit di dalam jiwa mereka. Ayuh para remaja yang gagah perkasa inilah masa untuk kita terus meletakkan negara kita di tingkat yang tertinggi agar dipandang gah di mata dunia. Sekian.



p/s: Karya ini tersiar bersama-sama dengan penulis yang saya kagumi iaitu Mohd Helmi Ahmad dengan karyanya yang bertajuk Bunga Keamanan. Sekali lagi karya saya tersiar bersama-sama teman seangkatan saya iaitu Muhammad Afzan Ismail dengan karyanya yang bertajuk Mawar Yang Hilang. Sekalung ucapan tahniah juga di ucapkan kepada penulis yang mana karyanya juga telah tersiar bersama karya saya yang penuh cacat celanya. Insyaallah dari masa ke semasa saya akan sentiasa perbaiki karya saya.