Thursday, February 21, 2013

Karya Puisi: "Pusaka" di majalah Dewan Bahasa Mac 2013

Assalammualikum...

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah S.W.T. Terima kasih juga kepada pihak editor Majalah Dewan Bahasa kerana telah menyiarkan karya saya "Pusaka" yang saya tukangi pada bulan januari 2013.

"Biar di hunus pedang bercabang
aku mara dengan jiwa pahlawan
biar gelombang menerpa bengis
aku mara dengan gagah pertiwi
biar di sembur api menjulang
aku mara dengan semangat maknawi
demi generasi akan datang
aku rela mengalir darah
tidak rela pusaka warisan dianaktirikan"


1 comment:

  1. Tahniah saya ucapkan. Semoga menyemarakkan semangat kepada saudara untuk terus menulis.

    ReplyDelete