Thursday, August 16, 2012

Kemunculan lebaran

Assalammualaikum...

tinggal dua hari lagi seluruh umat Islam yang ada di atas muka bumi ini akan menyambut lebaran.. semoga Lebaran tahun ini akan lebih bermakna untuk kita dan saling menjalin erat sesama keluarga... Kepada kawan-kawan, pakcik, makcik, adik, abang, kakak, mohon ampun jika ada silap dan salah, terkasar bahasa, dan halal kan lah makan dan minum. Jika ada terambil barang atau makanan kamu semua harap di halalkan.. Salam Lebaran.

Sunday, August 12, 2012

Penghujung Ramadan

Assalammualikum..

Diam tak diam bulan Ramadan semakin menghampiri penghujungnya. Amat sedih untuk meninggalkan segala kemanisan di bulan yang mulia ini. Semoga bulan Ramadan kali ini, bukan Ramadan yang terakhir untuk diriku dan diri kalian semua. Ayuh kita panjatkan doa agar kita semua dapat bertemu lagi Ramadan yang akan datang. Semoga Ramadan kali ini memberi makna yang mendalam di dalam jiwa kita semua.

Monday, August 6, 2012

Terima Kasih

Assalammualaikum...

Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T, kerana telah memberi ilham untuk saya terus berkarya. Alhamdulillah bulan Julai lepas karya saya telah di siarkan di majalah Tunas Cipta dan juga di majalah Pelita Bahasa. "Gurindam Anak Muda" telah menghiasi ruang di dalam makalah Tunas Cipta. Manakala sajak "Buku" telah menghiasi dalam ruangan makalah Pelita Bahasa. Gurindam Anak Muda adalah karya yang sarat dengan nasihat kepada anak muda zaman sekarang dalam menghadapi zaman serba canggih dan penuh dengan liku dan cabaran hidup. Dengan itu muncul sebuah karya yang sarat dengan nasihat untuk anak muda berpegang pada dahan yang kukuh dan penuh dengan keampuhan kekuatan jati diri. Dalam sajak Buku pula adalah sebuah sajak yang penuh dengan estetika tentang kemuliaan buah fikir sesebuah buku. Dan Alhamdulillah kepada editor Tunas Cipta kerana telah menyiarkan karya saya sekali lagi pada keluaran bulan Ogos yang bertajuk "Mutiara Bangsa".




P/S: Karya bulan Ogos keluar sekali lagi bersama Muhammad Afzan Bin Ismail. 
 Tahniah kepada semua penulis yang karyanya telah tersiar di dalam makalah Tunas Cipta bulan Ogos.