Monday, October 31, 2011

"Perkara yang memang aku tak boleh nak lupa"

Assalammualaikum....
A) Perkara manis yang aku tak dapat lupa:
            1) first time dapat handphone masa aku habis tingkatan 5, tu pun ayah yang bagi...hee, selama aku sekolah aku tak penah guna handphone, tapi zaman sekarang budak umur 6 tahun pun dah ada handphone, mahal pulak tu!
            2) Dapat basikal barumasa aku umur 6 tahun...beli guna duit orang bagi masa melawat aku kat rumah, lepas balik dari buat pembedahan....
           3) Menang lumba lari 4x100 meter masa aku darjah 5, sakit-sakit pun main lumba lari...
           4) Menang lumba lari 100 meter antara kelas tingkatan 6, yang lari semuanya power-power, aku ni kira underdog la...
           5)Yang  ni memang aku tak akan lupa sampai bila-bila walaupun  aku dah tua..aku dapat anugerah kecemerlangan seluruh Johor calon istimewa STPM, dan wajah aku terpampang dekat surat khabar metro muka depan... best masa ditemuramah oleh wartawan masa tu...heee
B) Perkara pahit yang aku tak dapat lupa
           1) Masa aku kecik-kecik aku degil suka mandi sungai, ada suatu hari tu, aku mandi tiba-tiba aku lemas, nasib baik aku dapat diselamatkan dalam otak aku mesti aku mati...hee degil!
           2) Aku dan kawan-kawan aku curi buah cempedak dekat belakang rumah orang kampung aku, tiba-tiba orang tu keluar bawak parang, peh! nasib baik aku ni pantas berlari kalau tidak mati aku dikerjakan orang tu...hahahah, jahat-jahat...
           3) Yang ini aku memang tak akan lupa sampai aku tua... aku buat pembedahan dekat IJN, tubuh aku semacam robot yang hendak dibuat bahan uji kaji, penuh dengan wayar, tubuh aku di inject sana di inject sini, sakit gak la...Alhamdulillah sekarang dah sihat sikit la...
          4) umur aku 13 tahun saluran pernafasan aku dibesarkan kerana saluran pernafasan aku sempit, saluran tu dibesarkan melalui peha, jadi doktor tebuk peha aku, peh! memang sakit la...Ok wassalam.....
                                                        

Thursday, October 27, 2011

Jalan-jalan di pesta konvo UTHM

Jalan-jalan di pesta konvo UTHM depan kampung aku je....tapi tak semeriah pesta konvo UPM...HAHAHHA


Sebabnya baru mula hari ni...tapi dah banyak jugak la gerai yang bukak...
yang tak bestnya pesta tu wat kat depan masjid besar UTHM  (faham-faham jela)...tahun-tahun lepas buat dekat padang golf belakang padang bola sepak...yang bagusnya tak becak kali ni pesta konvonya...heeee...


jalan punya jalan aku teringat aku nak beli tali pinggang...sebab tali pinggang aku dah rosak, jadi kena la beli....jalan dan jalan sambil berbual dengan kawan aku yang bernama Wak Lan ni jumpa la satu gerai ada jual tali pinggang...aku mintak kurang seringgit je dia tak kasik...hampeh punyai peniaga..hhahahaha...harganya sepuluh ringgit je.. jadi aku beli la walaupun harga tak dapat kurang...untuk kegunaan aku jugak kan...


"terbang bersamaku"....





Wednesday, October 19, 2011

Batuk!

Selamat pagi penghuni dunia semua...!


pagi-pagi dah sebuk-sebuk update blog..apa la ko ni Fendi...hhahhah


Semua orang mesti ada satu perkara yang mereka tak suka dalam kehidupannyakan....sama lah macam aku,
dalam kehidupan ni aku paling tak suka "BATUK", pedih, perit, sakit, dan sebagainya yang seangkatan dengannya...heee


Aku kalau batuk tak macam orang lain batuk...aku batuk seperti orang tua yang dah uzur, (dapat bayangkan tak korang) memamg sakit la dada korang kalau batuk macam aku ni...dah la aku ni ada sakit jantung bila batuk je jantung aku msti sakit punya sebabnya, kata doktor aku dulu, elakkan daripada batuk, kerana ia akan bergesel jantung dengan organ yang lain, aku penah batuk dulu memg teruk sangat, lepas tu aku jumpa doktor, dia kata jantung awak dah terluka sikit disebabkan batuk...


sebenarnya aku ni tak boleh minum minuman yang sejuk akan menyebabkan batuk...tapi manusiakan suka benda yang dilarang...yang dilarang tu la yang di nak buat...contoh yang jelas aku la siapa lagi...aku hari-hari bila makan pagi, tengah hari dan malam, aku mesti order minuman sejuk, (keras kepala ko ni ek fendi)


ayah aku pun penah cakap "kau jangan jangan minum air sejuk, jangan nak jadi kutu rayau tengah-tengah malam, jantung kau tu dah la secondhand, kalu jut macam mana" tu la kata-kata negetif ayah aku yang sering dia pesan dekat aku...dia nak aku jaga kesihatan aku, tapi aku ni jenis kepala batu, tak dengar kata...(pandan muka kau fendi)...hee


masa aku sem 3, di dalam kelas teori kesusasteraan melayu yang didalamnya mempunyai pelajar seramai 120 orang pelajar, time pensyarah mengajar, tiba2 aku batuk tak berhenti-henti sehinggakan aku malu sendiri dan aku meminta izin kepada pensyaraha tu, aku minta balik cepat kerana tak nak mengganggu pelajar lain nak belajar...hhhhahah (padan muka ko sekali lagi fendi)


sesiapa yang membaca luahan hati aku ni, aku mohon agar doakan kesihatan aku ye, kerana aku ni nampak je ceria, ketawa sana-sini, tetapi.....aku tak sama macam korang semua....:-)

My Life Is About J

 ASSALAMMUALAIKUM....


Macam mana nak terangkan ek...mencabar jugak soalan yang diberikan ni tentang "J", tetapi kita harus cuba untuk menjawabnya kerana dalam dunia ni kita harus mencuba sesuatu yang baru...


tetapi dalam kes "J" ni aku akan jawab dengan sebaik mungkin dalam menjawab soalan yang diutarakan oleh pensyarah aku dalam subjek Kesusasteraan Dalam Multimedia...






  • Jasper 
seorang wanita yang berkulit hitam yang menjadi pembantu kepada Dr. Notts agar sentiasa menjaga pejabatnya semasa Dr.Notts di luar negara




  • Jonah ADALAH John
  • John ADALAH Jonah
Mereka adalah orang yang sama....


Dr. Notts memberi gelaran John sebagai Jonah, kerana Dr.notts tidak mahu melihatnya seorang yang mengada-ngada...


Panggilan Jonah kepada John Dr. Notts sudah terbiasa dan John akur dengan panggilan Jonah yang diberikan oleh Dr. Notts... 

Berbisik Aku Kepada Bulan

Bulan
aku rindu kepada ayah dan ibu aku
aku ingin mendakapnya dengan tulus hati ini
aku ingin melihat mereka tersenyum gembira
bulan
bilahkah aku dapat mengembirakan mereka?


Bulan
aku tercari-cari jiwa yang suci
aku kalah dengan mainan perasaan
aku terduduk
aku seperti hilang ketentuan arah
dimana jiwa suci itu
aku inginkannya kembali


Bulan
jadikanlah aku temanmu
dikala aku sepi aku dapat berbual denganmu
dikala aku sedih aku dapat meluahkan segalanya kepadamu
dikala hati ini gelap kau dapat menerangi kembali semangat juangku 

Dr Azlina

Erm...aku dalam kelas agak haiper gak la dalam kelas, kerana aku boleh dikatakan banyak cakap kata DR..        


Dalam kelas ketrampilan kena tampilkan diri di hadapan khalayak untuk kita berani bercakap, tetapi kelamahan aku, bila cakap di depan khalayak aku jadi gementar, takut, resah, aku pun tak tahu cam ne leh jadi cam tu...mungkin aku seorang yang penakut kot....


tengok je la Dr tu telipon aku pun aku takut nak angkat, ni lagi kan nak berucap depan khalayak...heee,
tapi aku harus mencuba untuk berucap di depan khalayak ramai...aku kena yakin dan berani...yes! yakin FENDI kamu boleh buat...heee..


tadi aku jumpa dengan Dr Azlina untuk melihat markah ucapan di depan khalayak dan ujian aku, erm...keputusannya adalah ............."USAHA LAGI YE FENDI"...aku tak kecewa kerana aku tahu tahap pengucapan aku memang teruk time berucap kat pentas tu...aku mengeletar, takut dan tangan menggigil-gigil...apelah ko ni fendi...penakut!!(monolog dalaman)....


aku akan berusaha lagi gigih dalam memperbaiki kelemahan aku dalam pengucapan aku di depan khalayak...OK buat yang terbaik ye fendi....

Friday, October 7, 2011

Kembalikan

dilangit nan biru itu aku mencari ketenangan
aku menyelongkar keyakinan
aku membongkar kekuatan


aku mencari dilautan luas terbentang 
pemandangannya tiada penghujung pertemuan
luas, indah, yang cuma ada kedamaian dan ketenangan
kesementaraan


aku terus berlari kecil
seakan-akan tiada hala tujuan
hati mula resah, gelisah tak tentu arah


aku melajukan segala kudrat larian
luas terbentang pemandangan saujana 
sebatang pohon rimbun ditengah-tengah padang pengabdian
aku membentang sehelai kain putih 
aku sujud mencari keredhaanNya
aku menadah tangan diangkat kelangit
aku berdoa agar keyakinan ini tumbuh rimbun 
memenuhi seluruh jiwa kosong
aku berdoa agar kekuatan kembali didalam diri


Efandi Yusop
  8/10/2011

Menangis

Tiba-tiba hari ini aku hilang keyakinan diri untuk terus belajar..
kekuatan untuk belajar hilang dengan serta-merta...
kenapa...
dengan tidak sedarkan diri aku menangis teresak-esak...


aku terus berdoa kepada Allah
"Ya Allah kuatkanlah aku, berilah keyakinan didalam diri ini..( air mata terus mengalir)...
Tiba-tiba...
teringat dekat mak dan ayah aku
aku terus menalifon mereka...apabila mendengar suara mak aku...aku pun terus mengalirkan air mata 


aku terus mengadu dengan mak aku..."mak adik dah hilang kekuatan untuk belajar"..."mak adik dah tak da keyakinan untuk meneruskan menuntut ilmu ni...Mak!!!!....


Mak aku pun jawab...."adik mak sentiasa doakan adik kuat semangat dalam mengharungi medan menuntut ilmu, mak tau keupayaan adik...sebab mak yang lahirkan adik, mak yang jaga adik, mak yang besarkan adik...walaupun adik sakit, jangan putus asa, jangan jadikan sakit tu sebagai alasan adik tak yakin pada diri adik...kuatkan diri adik... mak yakin adik boleh buat"...(aku tetap menitiskan air mata)...aku dah tak leh cakap lagi, air mata aku semakin mengeluarkan kesedihan...Ya Allah tanamkanlah kembali keyakinanku, suburkanlah lagi kekuatanku.....