Friday, October 7, 2011

Menangis

Tiba-tiba hari ini aku hilang keyakinan diri untuk terus belajar..
kekuatan untuk belajar hilang dengan serta-merta...
kenapa...
dengan tidak sedarkan diri aku menangis teresak-esak...


aku terus berdoa kepada Allah
"Ya Allah kuatkanlah aku, berilah keyakinan didalam diri ini..( air mata terus mengalir)...
Tiba-tiba...
teringat dekat mak dan ayah aku
aku terus menalifon mereka...apabila mendengar suara mak aku...aku pun terus mengalirkan air mata 


aku terus mengadu dengan mak aku..."mak adik dah hilang kekuatan untuk belajar"..."mak adik dah tak da keyakinan untuk meneruskan menuntut ilmu ni...Mak!!!!....


Mak aku pun jawab...."adik mak sentiasa doakan adik kuat semangat dalam mengharungi medan menuntut ilmu, mak tau keupayaan adik...sebab mak yang lahirkan adik, mak yang jaga adik, mak yang besarkan adik...walaupun adik sakit, jangan putus asa, jangan jadikan sakit tu sebagai alasan adik tak yakin pada diri adik...kuatkan diri adik... mak yakin adik boleh buat"...(aku tetap menitiskan air mata)...aku dah tak leh cakap lagi, air mata aku semakin mengeluarkan kesedihan...Ya Allah tanamkanlah kembali keyakinanku, suburkanlah lagi kekuatanku.....

3 comments:

  1. assalamualaikum. :)

    kesabaran yang tinggi selalu dituntut dalam apa jua yang kita lakukan. inshaAllah puncak kesabaran akan kamu miliki jika kamu sikit lagi bertahan. InshaAllah.

    ReplyDelete
  2. thanks..kerana sentiasa bagi semangat...

    ReplyDelete
  3. sabarla pen, semua tue dugaan-Nya utk menguji kita.

    ReplyDelete