Wednesday, October 19, 2011

Batuk!

Selamat pagi penghuni dunia semua...!


pagi-pagi dah sebuk-sebuk update blog..apa la ko ni Fendi...hhahhah


Semua orang mesti ada satu perkara yang mereka tak suka dalam kehidupannyakan....sama lah macam aku,
dalam kehidupan ni aku paling tak suka "BATUK", pedih, perit, sakit, dan sebagainya yang seangkatan dengannya...heee


Aku kalau batuk tak macam orang lain batuk...aku batuk seperti orang tua yang dah uzur, (dapat bayangkan tak korang) memamg sakit la dada korang kalau batuk macam aku ni...dah la aku ni ada sakit jantung bila batuk je jantung aku msti sakit punya sebabnya, kata doktor aku dulu, elakkan daripada batuk, kerana ia akan bergesel jantung dengan organ yang lain, aku penah batuk dulu memg teruk sangat, lepas tu aku jumpa doktor, dia kata jantung awak dah terluka sikit disebabkan batuk...


sebenarnya aku ni tak boleh minum minuman yang sejuk akan menyebabkan batuk...tapi manusiakan suka benda yang dilarang...yang dilarang tu la yang di nak buat...contoh yang jelas aku la siapa lagi...aku hari-hari bila makan pagi, tengah hari dan malam, aku mesti order minuman sejuk, (keras kepala ko ni ek fendi)


ayah aku pun penah cakap "kau jangan jangan minum air sejuk, jangan nak jadi kutu rayau tengah-tengah malam, jantung kau tu dah la secondhand, kalu jut macam mana" tu la kata-kata negetif ayah aku yang sering dia pesan dekat aku...dia nak aku jaga kesihatan aku, tapi aku ni jenis kepala batu, tak dengar kata...(pandan muka kau fendi)...hee


masa aku sem 3, di dalam kelas teori kesusasteraan melayu yang didalamnya mempunyai pelajar seramai 120 orang pelajar, time pensyarah mengajar, tiba2 aku batuk tak berhenti-henti sehinggakan aku malu sendiri dan aku meminta izin kepada pensyaraha tu, aku minta balik cepat kerana tak nak mengganggu pelajar lain nak belajar...hhhhahah (padan muka ko sekali lagi fendi)


sesiapa yang membaca luahan hati aku ni, aku mohon agar doakan kesihatan aku ye, kerana aku ni nampak je ceria, ketawa sana-sini, tetapi.....aku tak sama macam korang semua....:-)

No comments:

Post a Comment