Friday, November 19, 2010

Cerita Saya

Assalammualaikum,
Saya Mohd Efandi Bin Md Yusop, berumur 22 tahun, tinggal di Johor, mempunyai 8 adik beradik dan saya anak yang ke 6. Ayah saya Md yusop Bin Kariman, dan Ibu saya Esih Binti Darmawi....Saya dilahirkan di hospital Batu Pahat, Johor. Sepanjang ibu saya melahirkan saya, saya tidak senormal seperti bayi-bayi yang lain.Ibu saya cerita kepada saya yang saya ini kuat menangis, sehinggakan pusat saya terjojol keluar. Ibu dan Ayah saya sangat bersusah hati dengan keadaan saya, mereka terus mencari pakar-pakar perubatan tradisional, tetapi mereka semua tidak mengetahui kenapa saya sentiasa menangis...Pada suatu hari Ibu dan Ayah saya, pergi berjumpa dengan seorang bomoh perempuan yang bernama "Mak Innie" lantas nenek yang bernama Mak Innie itu terus memberi nama panggilan saya iaitu " Waris". Selang beberapa hari, nangis saya pun berkurangan. Sebenarnya sebab apa saya menangis kerana saya telah menghidapi penyakit "Jantung Berlubang" semasa saya dilahirkan lagi. Selepas itu saya membuat rawatan demi rawatan di Hospital Batu Pahat dan Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala lumpur. sepanjang saya membuat rawatan di IJN, saya telah menumpang dirumah pakcik saya yang bernama Cik Mail atau Ayah saya panggil beliau "Agi". Tepat pukul 8 pagi saya dan Ayah saya mesti bergegas ke IJN untuk membuat rawatan.
      Pada umur saya 4 tahun saya telah membuat satu pembedahan jantung yang di ketuai oleh Dr Ahmad. Menurut cerita Ibu Saya, saya tidak sedarkan diri selama 3 minggu. selepas saya sedarkan diri saya dirawat dengan sebaik mungkin oleh jururawat-jururawat  yang berada disitu. Selepas itu saya dipindahkan di Wad seterusnya untuk rawatan selanjutnya.Menurut cerita Dr yang merawat saya, jika saya tidak membuat pembedahan saya boleh hidup selama 20 tahun sahaja. Selepas saya sembuh dari pembedahan itu, saya pulang kekampung. Saya melihat nenek saya berlari menuju ketempat saya dan dia terus memeluk saya dengan erat sekali, nenek saya begitu gembira dan menangis kerana saya telah selamat daripada pembedahan
jantung, saya juga terlihat Ibu saya telah menitiskan air mata tanda kegembiraan yang saya telah selamat daripada pembedahan. Pada umur saya 13 tahun, saya telah menjalani satu lagi pembedahan di kelengkang kaki kanan saya, untuk memperbesarkan lagi saluran pernafasan saya. Saya redha dengan apa yang saya dapat, dan saya percaya dengan takdir kerana saya dilahirkan tidak senormal manusia lain yang sihat.
        Sepanjang saya sekolah rendah dan sekolah menengah, saya tidak dapat mengikuti pelajaran dengan sempurna, kerana saya lambat dapat apa yang guru saya ajar. Semasa saya berada disekolah rendah saya telah ditempatkan di kelas pemulihan, kelas yang ditempatkan murid-murid yang tidak tahu membaca, mengira, dan mengeja. Semasa peperiksaan UPSR saya telah gagal dalam peperiksaan itu. Dan saya sangat sedih, tetapi saya sentiasa sabar dengan dugaan yang Allah beri.
      Semasa saya berada di sekolah menengah , tingkatan 1 dan 2, saya ditempatkan di kelas hujung, kelas pelajar-pelajar yang tidak pandai, yang paling sedih dalam diri saya ialah, kakak-kakak saya, bapa saya telah merendah-rendahkan saya dengan berkata lembab, bodoh, dan segalanya yang merendahkan maruah diri saya. Semasa peperiksaan PMR, saya gagal lagi dalam peperiksaan, Ayah saya begitu kecewa, dengan tahap pembelajaran saya. Pada tingkatan 5 saya menduduki peperiksaan SPM, keputusan saya tidak beberapa elok sekadar paras-paras hidung sahaja, begitulah sepanjang saya menuntut ilmu, saya tidak pernah lulus dalam peperiksaan, sentiasa ketinggalan dalam pelajaran.
         Semasa saya bermain takraw, saya telah menerima sepucuk surat yang berbunyi " anda layak masuk ke tingkatan 6", saya terkejut kerana saya bukannya pandai, belajar tetapi telah diberi pelunag untuk menuntut ilmu di tingkatan 6. Sepanjang di tingkatan 6, seperti biasa saya tidak dapat belajar dengan baik, ujian-ujian yang cikgu saya beri, saya tidak lulus atau boleh dikatakan  sebagai gagal. Tetapi saya sentiasa berusaha, dengan gigih untuk buktikan yang saya boleh berjaya seperti orang lain. Saya hendak buktikan yang orang tidak normal seperti saya boleh berjaya dalam pelajaran. Selepas itu saya menduduki peperiksaan STPM dan mendapat 4 prinsipal penuh. Paling manis lagi saya telah mendapat anugerah pelajar terbaik seluruh Johor calon istimewa, saya tidak menyangka yang saya boleh mencapai tahap sebegitu rupa. Selepas itu saya telah diterima masuk ke Universiti Putra Malaysia, dalam Bacelor kesusasteraan Melayu.
           Di sini saya telah buktikan bahawa orang yang tidak normal dan menghidapi sakit jantung berlubang boleh berjaya dalam pelajaran. Saya juga dapat memahami apa itu yang dikatakan usaha tangga kejayaan...tanpa usaha kejayaan itu tidak dapat kita capai dengan sekelip mata. Janganlah seperti angan-angan Mat Jenin yang hanya sekadar berangan-angan sahaja tetapi tiada usaha yang dilakukannya....

7 comments:

  1. Salam Efandi. Awak memang seorang yang berjiwa tabah, banyak dugaan yang awak terima. Tahniah atas kejayaan yang dikecapi, saya kagum. Buktikan juga awak boleh berjaya dalam hidup ye.. Semoga cerita awak ini menjadi inspirasi kepada yang lain :)

    ReplyDelete
  2. trharu dgn ksah idup kamo...caiyok2 fendi...u can do it same like others...cgt bg smgt tuk aku sntiase sbr dlm ape mslh n dugaan sklipun... =) gud luck ye...

    ReplyDelete
  3. hmm. agak tragis pjlanan hidup kmu.
    tp, alhamdulillah. Smpai di menara gading juga akhirnya kan.. keep it up!
    org yg sihat akl fikiran pun blum tntu boleh bjya kan.. hee..

    ReplyDelete