Wednesday, December 28, 2011

Cerita AkuTentang Dia (Dr Normaliza)

Assalammualaikum....

Nak tulis cerita tentang kelas multimedia ni kena ada kekuatan yang tinggi, silap tulis habis habis la....tapi aku nak tulius jugak tentang kelas ni... best tak best tu belakang cerita yang penting ni luahan hati aku yang ikhlas lagi jujur...Pertama kali aku masuk kelas dia memang gerun sesangat, mane taknya muka dia punya la garang, bengis tapi rupanya ehm...indah khabar dari rupa. Tak la garang mana pun cuma tegas tegas je la.. ha tula dia pensayarah aku, nama pena dalam blognya drNotts. Nama betul Dr Normaliza. Sapa-sapa yang nak follow dia pegi kat sini...http://aammwa.blogspot.com/ .
        Erm.. kelas pertama dia, awal-awal lagi dia dah bagi amaran jangan pakai pakaian yang tak mencerminkan seorang pelajar, jadi kami semua di suruh pakai pakaian yang smart2 dan cantik-cantik bagi kaum hawa. Lambat datang kelas jangan harap nak masuk kelas dia, kompom kena duduk luar sampai dia suruh masuk, tu pun kalau dia panggil masuk, tapi tak pernah pun dia panggil budak yang datang lambat tu masuk, makin markah kena tolak ada la.. tu la Drnotts yang meng ajar aku menjadi orang yang berdisplin dan beretika. minggu pertama kami di suruh membentuk kumpulan, dan aku dan kawan-kawan aku membentuk kumpulan My Team Production yang dianggotai seramai 6 orang ahli iaitu, Siti Hajar, Nurul Huda, Elizatul Nataysah, Mohd Haris, Norzelliayana (nana) dan aku Mohd Efandi. 


Ni ahli kumpulan aku "kumpulan My Team Productiom" 

Time nak tubuhkan kumpulan ni punya la susah, kena cari orang yang betul-betul kental dalam mengharungi cabaran yang diberikan oleh Drnotts. Tugasan pertama aku dan kumpulan lain kena buat ni ha...




"Main tampal-tampal pulak dia.. tapi best membina pasukan yang berkerjasama"

Time ni kena buat dalam masa 1 jam lebih je, punya la terkejar-kejar nak cari huruf-huruf, nak cari gambar nak tampal gambar, nak ikat jadi reben la, peh memang menguji ketabahan, dan kesabaran hati la.. kalau lah hati kiteorang ni taka da kesabaran yang kuat mahu tak buat kite orang benda ni, nampak macam merepek tapi ada makna tersirat yang nak disampaikan oleh DrNotts. jawapannya adalah untuk membina kerjasama diantara ahli kumpulan. tulah matlamat utamanya kot. Lepas buat kerja ni, tak silap aku DrNotts bagi tugasan multimedia yang pertama kena buat video, lepas tu, post kat youtube. Video pertama kumpulan aku buat, video klip lagu tema kumpulan "Dadali". Susah nak buat klip video ni, kalau tak sabar boleh jadi gaduh dalam kumpulan tu.. masa wat video tu, hujan pulak tu, memang wat hati jadi marah je, nasib baik la kumpulan aku sabar-sabar orangnya. yang penting aku dah buat tak silap 6 video yang dah post kat youtube. yang kedua video seram (spirit), lepas tu, video klip lagu, amek lagu kalis rindu,  lepas tu walimatul urus, lepas tu dokumentari. wat dokumentari yang susah sebenarnya. kena pegi cari sampah sarap yang dibuang merata tempat. ermm... memang penat la. 
       dalam kelas DrNotts ni, bestnya Dr ni spotting habis. kena cari teka-teki la , sampai kena perah otak cari teka-teki nak anta kat dia, mungkin dia nak wat kajian kot tentang teka teki yang para pelajar dia bagi, mana la tau..heee, kena cari 30 teka- teki pulak tu.. macam la kiteorang ni mesin kekeluarkan teka-teki, walaupun susah nak cari teka-teki tu aku dapat banyak teka-teki yang aku tak penah twerfikir pun...hahahha.selain tu dalam kelas ni ada jugak di suruh wat kalendar, papan iklan, papan iklan kumpulan aku buat tentang era biskut, dari keluaran yang klasik hingga yang terkini, lepas tu  ada buat majalah, kumpulan aku buat majalah baju T-shirt..





"tekun tak tekun aku colur"

Kelas ni memang best, suka duka, kami bersama, kena marah dah jadi sebahagian dari hidup kami. tapi yang paling akan aku rindu dalam subjek multimedia ni, setiap malam khamis mesti kami satu kumpulan akan berkampung wat pengeditan video, wat kerja-kerja DrNotts, memang tak tidur la malam tu sampai ke pagi... lepas ni dah tak da kelas ni, mesti rindu tapi yang bestnya malam khamis dah boleh bersuka ria..heee. ek belum habis lagi yang paling best lagi kete orang kena jadi paparazzi Dr Notts, masa dekat fakulti Kejuruteraan, ni paparannya..



 "Kalau gambar macam ni DrNotts Tak nak..."



 Ahli kumpulan aku "My Team Production"



Ha tu la dia asam garam dalam kelas Kesusasteraan Dalam Multimedia, ada suka duka, gembira, penat, letih, geram, nagntuk pun ada tome edit video la... tapi semuanya menajar aku dan kami semua menjadi manusia yang berdisiplin dan mengajar kita menjadi orang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan. Terima Kasih Dr Normaliza@DrNotts. Jasamu akan kami kenang. 


Terima Kasih

Dedaunan menangis kerinduan
melihat insan pergi tinggal kenangan
yang telah mendidik kami menjadi insan
yang telah mengajar kami  erti kehidupan

terima kasih
segala tunjuk ajar akan aku laksanakan
segala bakti mu akan aku semai
segala ilmu yang kau beri akan aku sematkan

kerinduan akan tercipta
kenangan akan terbayang difikiran
wajah nan ceria akan aku abadikan

terima kasih Guruku Dr Normaliza.


No comments:

Post a Comment