pagi-pagi dah sebuk-sebuk update blog..apa la ko ni Fendi...hhahhah
Semua orang mesti ada satu perkara yang mereka tak suka dalam kehidupannyakan....sama lah macam aku,
dalam kehidupan ni aku paling tak suka "BATUK", pedih, perit, sakit, dan sebagainya yang seangkatan dengannya...heee
Aku kalau batuk tak macam orang lain batuk...aku batuk seperti orang tua yang dah uzur, (
sebenarnya aku ni tak boleh minum minuman yang sejuk akan menyebabkan batuk...tapi manusiakan suka benda yang dilarang...yang dilarang tu la yang di nak buat...contoh yang jelas aku la siapa lagi...aku hari-hari bila makan pagi, tengah hari dan malam, aku mesti order minuman sejuk,
ayah aku pun penah cakap "kau jangan jangan minum air sejuk, jangan nak jadi kutu rayau tengah-tengah malam, jantung kau tu dah la secondhand, kalu jut macam mana" tu la kata-kata negetif ayah aku yang sering dia pesan dekat aku...dia nak aku jaga kesihatan aku, tapi aku ni jenis kepala batu, tak dengar kata...
masa aku sem 3, di dalam kelas teori kesusasteraan melayu yang didalamnya mempunyai pelajar seramai 120 orang pelajar, time pensyarah mengajar, tiba2 aku batuk tak berhenti-henti sehinggakan aku malu sendiri dan aku meminta izin kepada pensyaraha tu, aku minta balik cepat kerana tak nak mengganggu pelajar lain nak belajar...hhhhahah
sesiapa yang membaca luahan hati aku ni, aku mohon agar doakan kesihatan aku ye, kerana aku ni nampak je ceria, ketawa sana-sini, tetapi.....aku tak sama macam korang semua....:-)
No comments:
Post a Comment