Monday, November 26, 2012

Karya Puisi: "Permata Negara" di Tunas Cipta Edisi November 2012

Assalammualaikum...

Terlebih dahulu jutaan terima kasih serta ucapan syukur kepada Allah S.W.T yang telah memberi ilham untuk saya berkarya demi bangsa dan untuk memartabatkan dunia kesusasteraan ini. Terima kasih juga kepada editor Tunas Cipta yang telah memilih karya saya untuk di muatkan ke dalam majalah ini. Saya tidak sangka karya ini akan tersiar kerana proses penulisan puisi ini di lakukan di restoran mamak di tempat saya tinggal. Jiwa saya terpanggil untuk menulis puisi ini setelah saya membaca satu luahan kecil dari jiwa mantan editor Tunas Cipta iaitu Encik Ghani Abu. Lantas saya menenangkan jiwa saya untuk memerah akal dan fikiran saya untuk menukilkan sebuah puisi untuk menyokong semangat juang  para atlet yang telah mahupun sedang berjuang di arena antarabangsa demi negara tercinta. 


"...
Ayuh pejuang negara
engkaulah permata engkaulah mutiara
keringat yang engkau pacu
ialah denyutan nadi kegemilangan
pendorong semangat anak bangsa
meneraju kecemerlangan unggul di pentas
antarabangsa".




Puisi ini juga tersiar bersama-sama penulis Mohd Helmi Ahmad dengan karya puisinya bertajuk "Korban Atlet". Dan cerpennya "Peah Aku Mahu Pulang" Juga tersiar di dalam majalah yang sama. Tahniah di ucapkan kepada beliau, juga kepada penulis-penulis yang lain. Insyaallah saya akan pertingkatkan mutu gaya penulisan saya dari masa ke semasa. Terima kasih Tunas Cipta kerana memberi peluang dan ruang untuk saya berkarya.

P/s: Rindu akan karya Muhammad Afzan Ismail. Dimanakah dia? Dialah yang menunjukkan wadah Tunas Cipta ini kepada saya untuk berkarya.

3 comments:

  1. Tahniah! Moga terus berusaha gigih. Jangan mudah berpuas hati dengan apa yang telah dicapai sekarang ini (itu bukan tidak bermakna kita tidak bersyukur).

    Ya, ke mana hilangnya saudara Afzan Ismail. Harap tidak berhenti sekerat jalan.

    *Terima kasih atas catatan nama kecil saya itu.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih saudara Helmi. Saya baru membina tapak dalam dunia baharu ini. harap dapat memberi tunjuk ajar dan amanat. Terima Kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  3. It is a huge pleasure to appear together with you in Tunas Cipta bulan nov 2012.my sajak ialah Fragmen

    WEI JER

    ReplyDelete