Thursday, November 29, 2012

NUMERA -Nusantara Melayu Raya 28 November 2012- Saya dan Sebuah Kenangan

Assalammualaikum...

Semalam telah berlangsung satu majlis yang sangat hebat di Dewan Za,ba, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi yang bertempat di Universiti Putra Malaysia. Majlis  Seni Islam 'Malam Seni dan Puisi Islami Numera. Majlis ini telah menghimpunkan beberapa penyair hebat telah menyumbang suara dan tenaga dalam mendeklamasikan sajak yang berunsurkan Islam. Penaung bagi NUMERA ialah SN Dato Kemala. Dalam majlis ini, penyair-penyair yang membuat persembahan pada malam itu ialah, AGI, Dr Ibrahim Ghaffar, A.Halim Ali, Zubaida Djohar, Milyana, Umar Uzair, Prof. Dr.Irwan Abu Bakar, Efandi Yusop (saya) dan ramai lagi. Penyanyi yang membuat persembahan pada malam itu pula ialah kumpulan Saffiya, Grup Lagu Puisi (GLP) dan Talenta. Majlis itu berlangsung sangat meriah. Dengan persembahan AGI yang sangat memukau dan telah membuat penonton tergamam dengan persembahannya. Penyair-penyair lain juga tidak kurang hebatnya membuat persembahan pada malam itu. Dan pada malam ini, NUMERA akan di adakan pula di Masjid Abdul Rahman Auf.

Inilah kali pertama saya membuat persembahan mendeklamasikan sebuah puisi yang bertajuk "Palestine" hasil ciptaan saya sendiri. Saya begitu kerdil apabila berdiri di atas pentas dan di lihat oleh penyair-penyair yang hebat-hebat belaka, terutama di hadapan SN Dato Kemala. Inilah pengalaman manis saya mendeklamasikan puisi di majlis yang besar NUMERA yang di tonton oleh penyair hebat di malaysia, Indonesia, dan Singapura. Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lantar dan jayanya.

Saya baru bertapak dalam dunia mengarang puisi, juga saya baru bertapak dalam dunia mendeklamasikan puisi. Maafkan saya andai ada kekurangan di dalam diri saya. Saya sedang bertatih. Terima Kasih AGI terima kasih Dato Kemala kerana telah memberi  semangat dan dorongan kepada saya untuk menjadi penyair yang hebat.  Jika ada undangan untuk saya mendeklamasikan puisi, saya akan perbaiki kekurangan pada diri saya. Seronok rasanya bila bersama penyair-penyair yang hebat-hebat.


Inilah Poster NUMERA-Nusantara Melayu Raya. Seni Islam: "Malam Seni dan Puisi Islami Numera"



Puisi yang saya deklamasikan di NUMERA- "Palestine"


Penuh semangat dan penghayatan.





Penyampaian cenderahati daripada pihak Universiti Putra Malaysia.

Inilah saya yang baru bertapak dalam dunia kesusasteraan. Menulis puisi dan deklamasikan puisi adalah jiwa saya dari dahulu lagi. Alhamdulillah, Allah Maha mendengar hati-hati hambanya. Ada banyak lagi gambar-gambar bersama penyair yang lain, tetapi bukan berada di dalam simpanan saya, sayangnya ada di dalam simpanan rakan-rakan saya yang datang. Insyaallah jika sudah dapat gambar-gambar daripada rakan-rakan saya, saya akan masukkan lagi di dalam blog ini. Insyaallah.


p/s: Teringat masa saya F6, saya masuk pertandingan deklamasikan puisi yang bertemakan "bahaya dadah". Pada  masa F6 juga saya masuk sekali lagi pertandingan mengarang puisi, kali ini tajuknya bebas. Sayangnya, saya tewas. Sekarang baru saya faham kenapa saya kalah dalam pertandingan itu. Kalah tidak semestinya berundur. Puisi dan saya adalah gabungan jiwa yang saling bertaut.  

2 comments:

  1. Tahniah saudara Efandi. Saya hanya pandai menulis, tetapi tidak pandai untuk mendeklamasikannya. Apatah lagi di depan khalayak ramai. Teruskan usaha ini.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih saudara Helmi. Ini adalah kali pertama saya mendeklamasikannya di depan penyair ternama. Amat gementar waktu itu. Saya akan belajar daripada yang berpengalaman.

    ReplyDelete