Monday, December 17, 2012

Karya Puisi: "Diari Tahun Baru" Di Majalah Wanita Edisi Januari 2013

Assalammualaikum...

Sekali lagi ucapan syukur kepada hadrat Ilahi kerana memberi ruang dan peluang untuk saya mengembangkan bakat penulisan saya. Juga ucapan terima kasih juga kepada pihak editor majalah Wanita kerana telah menilai karya saya dan menyiarkannya. Terima kasih. Ini adalah kali kedua karya saya tersiar di majalah Wanita. Tema puisi ini mengenai tahun baru yang akan menjelang dengan harapan akan ada warna-warna harmoni yang akan terhidang. Harapan saya tahun baru yang akan menjelang ini tiada haru-biru yang akan mewarnai negara tercinta ini. Keamanan dan perpaduan amat di harapkan. Alhamdulillah Allah masih beri saya ilham untuk memberi peringatan dan pengajaran kepada diri saya juga masyarakat di luar sana.




Puisi "Diari Tahun Baru" menghiasi majalah Wanita Januari 2013




P/s: Mengharap keamanan kan terhidang di atas negara tercinta.
 Puisi ini sangat bermakna untuk diri saya.


5 comments:

  1. Tahniah! Nampaknya semakin kencang menulis. Permulaan tahun baharu yang baik.

    Puisi siapa lagi yang tersiar dan cerpen siapa?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih saudara helmi. Puisi, Mohd ADIB Ab Rahman dengan puisinya "anak-anak kita", Nawawee Mohamad dengan puisinya "ketika menilai dunia", Ruhaini Matdarin "pilihanku" dan Nilamsuri "Kaca kata-kata". Cerpen pula,Monalita Mansor dengan cerpenya "Sekeras Waris Selembut Silaturrahim".

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Efandi.

    Tahniah, senarai penulis yang tersiar sangat hebat.

    Saya juga ada hantar karya tapi belum bernasib baik. Puisi saudara mengambil masa lama tak sebelum disiarkan?

    ReplyDelete
  4. Ya penulis-penulis ini sangat hebat. Saya menghantarnya pada bulan November. Alhamdulillah ia tersiar. Saya doakan karya saudara Helmi akan mendapat tempat. Amin. Saudara Helmi terima kasih kerana sentiasa memberi semangat kepada saya untuk terus menulis.

    ReplyDelete