Monday, September 10, 2012

Karya Puisi: "Senyuman Wajah Kemerdekaan" di Akhbar Warta Perdana (Ahad 16 September 2012)





Assalammualaikum...

Terima kasih di ucapkan kepada editor Akhbar Warta Perdana kerana telah memilih karya saya untuk siaran kali ini (Ahad 16 September 2012).

Karya Senyuman Wajah Kemerdekaan sudah tentunya bertemakan tentang semangat kemerdekaan yang telah disambut pada 31 Ogos 2012 yang lalu. Semangat dan cinta akan tanah air, saya terjemahkan dalam bentuk puisi bahawa kasih sayang saya pada negara amat tinggi dan sepenuh jiwa. Saya berharap rakyat di negara ini juga harus mempunyai rasa cinta terhadap negara yang penuh keamanan dan keharmonian. inilah negara yang paling saya cinta dan sayangi. Inilah tanah merdeka yang harus di pelihara oleh kita semua.


p/s: Saya sangat gembira apabila karya ini tersiar di dalam akhbar warta perdana. inilah hasil usaha yang tidak putus-putus, dan hasilnya sangat bermakna di dalam jiwa saya. Mengutip kata Mohd Helmi Ahmad "karya yang tersiar di majalah mahupun di akbar adalah suatu kemenangan". (telah memberi perangsang kepada saya untuk terus berkarya).  



1 comment:

  1. Subhanaallah, sudah lama saya tidak menjangah blog ini. Saya harap kata-kata itu bukan sahaja menjadi perangsang kepada saudara sebaliknya kepada semua penulis termasuk diri saya sendiri.

    ReplyDelete