Monday, September 26, 2011

Cari Buku di Perpustakaan

Tadi petang aku dan kawan-kawan aku pergi cari buku di perpustakaan untuk cari makna rencana, berita dan  laporan... cari punya cari punya cari tak jumpa sehingga kami pening kepala...tetapi usaha kami berterusan, kami cari lagi di rak sastera tak  ada jugak, kami cari di rak bahasa pun tak ada jugak...akhirnya ada seorang staf perpustakaan menunjukkan rak yang ada buku tentang berita, rencana dan laporan itu iaitu di rak komunikasi...terima kasih Pak Cik...!!!


Cari dan cari dan cari  akhirnya buku yang dicari jumpa, dan dengan pantas kami menyalin maksud-maksud  yang kami cari itu... terima kasih ALLAH.


Selepas itu kami turun di tingkat 1 untuk pergi ke bilik komputer untuk menaip didalam mikrosof word untuk di hantar ke email pensyarah kami...dalam perjalan kami ke bilik komputer itu ada rak dihadapan bilik komputer itu untuk buku baharu aku dan Afzan cuba membelek-belek buku-buku baharu itu, dengan tak disengajakan kami menjumpai sebuah buku yang didalamnya mempunyai makna-makna tentang berita, rencana dan laporan Terima kasih sekali lagi kepada ALLAH yang membantu kami dalam urusan kerja kami...


Selepas itu kami terus pergi ke bilik komputer itu dan menaip untuk di hantar terus ke email pensyarah kami...


Terima Kasih ALLAH... Alhamdulillah.

1 comment: