Monday, September 26, 2011

Cinta

Apabila kita mencintai seseorang kita akan mula mencipta langkah untuk setia dan kita akan mula melakar tanda-tanda yang kita menyanyangi pasangan kita dengan membeli baju yang sama, warna yang sama, kasut yang sama ( saiz berlainan) cincin yang sama( siap ada ukir nama kat dalam cincin tu), apakah itu tanda yang kita cintakan dia? satu persoalan harus kita rungkai...adakah cinta kita dilambangkan dengan benda-benda sebegini... pada pendapat aku semua itu tidak setuju bagi aku... 


Dan apabila kita mula bercinta juga, adakah kita mesti bermesej selama berhari-hari  tanpa henti (tak boring ke, mesti banyak cerita yang melalot)  sehingga kita tidak dapat melaksanakan kerja-kerja peribadi kita...ini juga harus di fikirkan bagi semua pasang yang bercinta...


Kata pasangan yang bercinta "buktikan yang awak cintakan saya" apa yang nakdibuktikan sedangkan cinta itu abstrak tidak nampak dan tidak boleh di pegang mahupun dibelai mesra... bukti cinta kita sebenarnya ada pada perkataan CINTA itu sendiri... cinta lahir daripada hati yang benar-benar ikhlas untuk mencintai seseorang...cinta bukan hanya sekadar luahan dari mulut tetapi ia harus keluar daripada hati yang suci... 


Sebaik-baiknya cintailah Tuhan kita yang maha Agung kerana Dialah sebaik-baik tempat kita berkasih sayang, tempat meluahkan perasaan yang kita sangat mencintaiNYA. Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


THANKS....

No comments:

Post a Comment