Thursday, September 15, 2011

Bilik 148

Saya tinggal di kolej 14 dan bilik saya bernombor 148. Walaupun bilik ini tidak seindah seperti bilik di rumah saya, tetapi bilik 148 mempunyai cerita yang tersendiri. Bilik 148 didiami saya dan rakan saya iaitu Mohd Fazol. Faizol seorang yang pendiam tetapi mempunyai kemahiran komputer yang hebat. Dia seorang  yang celik IT. 
  Bilik 148 menjadi tumpuan rakan-rakan saya, kerana di bilik ini lah tempat untuk mereka bergurau senda, menonton filem, tempat perbincangan mengenai pelajaran, tempat menyelesaikan masalah rakan-rakan. Saya mempunyai 9 kawan yang sangat rapat. Merekalah yang sentiasa memeriahkan bilik 148 ini. Tanpa mereka bilik ini sunyi tanpa kata, tanpa gurau senda, ketawa hilang entah kemana. Apabila melihat rakan-rakan saya ini berada di bilik 148 ini, saya melihat wajah-wajah mereka sangat indah, sangat ceria, membawa seribu satu senyuman. Saya sebagai tuan bilik 148, suka melihat gelagat mereka, mereka membawa seribu satu cerita ceria, yang paling indah sekali mereka solat berjemaah di bilik ini. Saya sangat terharu apabila mereka menjadikan bilik 148 ini seperti masjid yang sangat indah dan ceria. 
  akhir kata persahabatan yang dibina sejak masuk Universiti ini harap dikekalkan sehingga kita menjulang segulung ijazah, yang paling saya harapkan janganlah lupa bilik 148 ini yang banyak membawa kenangan apabila kita keluar nanti. Akhir tulisan saya ini, saya ingin berterima kasih kepada Hazim, Amin, Fadli, Faizal, Fairuz, Syafiq, Faizol, Anas,  Firdaus   (bapak)   yang sudi menjadikan diri ini sebahagian daripada kehidupan anda. Terima kasih semua. 

2 comments:

  1. assalamualaikum :)

    lamanya tak update blog.
    alhamdulillah. jarang student lelaki ni begitu rajin untuk berjemaah bersama. Alhamdulillah. semoga ianya kekal sehingga tamat nanti. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  2. :-), waalaikumsalam. sory dah lama tak update blog ni. tapi lepas ni insyaallah update selalu...

    ReplyDelete