Wednesday, November 23, 2011

Driver Bas yang.....

Tadi petang aku balik dari fakulti FBMK dengan bas. Tiba di perhentian bas depan panggung percubaan ada 2 orang pelajar cina nak tumpang balik ke kolej kpz, pak cik driver bas tu pun cakap tak berhenti di kpz, lepas tu bas pun jalan lagi. sampai di perhentian bas dekat dengan flat ikan, ada beberapa orang pelajar melayu nak tumpang balik ke kpz, driver bas tu pun cakap "boleh", dan budak-budak tu pun naik dengan gelak ketawa kegembiraan, aku pun cakap di dalam hati aku kenapa Pakcik driver ni tak bagi naik 2 orang pelajar cina tadi dan dia bagi pelajar melayu ni naik pulak, adakah ini ada unsur-unsur perkauman, jika ini benar ada unsur-unsur perkauman, dimana letak nya ketinggian budi bahasa dan adap sopan kita sebagai orang melayu melayan orang bukan melayu? kenapa mesti ada unsur-unsur sedemikian di universiti? sedangkan bas yang aku naik itu menghala satu jalan yang sama, boleh je kan pelajar cina tu naik.. kenapa ada unsur rasis didalam hati pakcik bas tu. bila aku fikirkan kesian pelajar cina itu dan menyampah tengok pelajar melayu tu naik dengan tersenyum-senyum kegembiraan. alangkah sedihnya 2 orang pelajar cina itu dapat tahu yang ada pelajar melayu naik nak berhenti dekat tempat pelajar cina itu hendak berhenti iaitu di KPZ. Mintak maaf pakcik driver bas, aku memang tak berkenan dengan perangai kamu yang mempunyai unsur perkauman itu. mintak-mintak rezeki yang diamanahkan untuk mengambil dan menghantar pelajar pergi dan pulang ke destinasi diberkati oleh ALLAH. Sebabnya driver tu adalah orang melayu juga.. sekian wassalam.

                                    - "renung-renungkan dan selamat beramal"-

  

1 comment:

  1. assalamualaikum :)

    erm, bese dah jadi benda ni. dari dulu lagi fandi. kalau dulu masa ada driver india, lagi dasat. sabar ajalah.

    ReplyDelete