Wednesday, November 9, 2011

Penjaga aras 1

 Assalammualaikum.....


Di aras 1 kolej aku, ada seekor kucing kuning yang dipelihara oleh seorang pelajar yang duduk dekat aras 1 jugak, kucing tu, sentiasa berkeliaran untuk mencari makan di tong-tong sampah. Kucing itu juga sentiasa masuk bilik untuk mencari tempat tinggal yang selesa. 2 hari yang lepas aku lihat kucing itu dah terbaring dengan badannya tak larat untuk berjalan, lehernya dah dibalut dengan kain, kerana aku rasa lehernya tercedera akibat bergaduh.  Tuannya mungkin memberi rawatan di lehernya. Pada keesokan harinya kucing itu, terus terbaring tidak bermaya, aku terus pergi ke tempat kucing itu untuk melihat lebih jelas, memang kesian kucing itu, seperti nyawa dah dihujung tanduk, tinggal nyawa-nyawa ikan je.. Pada pagi ini semasa aku hendak pergi ke bilik air aku melihat kucing itu sudah tiada, didalam fikiran ini berkata adakah kucing ini sudah tiada meninggalkan aras 1 untuk selamanya? apakah kucing ini sudah bersara menjaga aras 1 ini? jika kucing ini memang sudah tiada di aras 1 ataupun di dunia ini, semoga kucing itu ditempatkan ditempat yang indah-Amin.

No comments:

Post a Comment