Friday, November 25, 2011

Tabligh, aku, dan suka...

Assalammualaikum,


tabligh, mesti korang semua tau kan. Apa kena mengena dengan aku? kenapa aku? adakah aku ni alim sangat? apakah wajah aku ni ada sinar kebaikan?, adakah aku ni orang yang baik? semua persoalan ini telah berada didalam fikiran aku dan hati aku sejak aku di bangku sekolah lagi sehinggalah kini. adakah aku ini sombong tidak mahu  ikut mereka ini keluar bersama-sama untuk menyampaikan syiar islam? setiap kali mereka ajak aku keluar aku mampu tersenyum tanpa ada suara yang mengatakan ya atau tidak. memang aku minat pergi surau untuk berjemaah setiap kali waktu solah masuk, bila aku tak pergi hati aku berdebar-debar, rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Ada sekali tu aku balik dari solat asar berjemaah di surau kampung aku, adalah kawan aku ni tengah jalan-jalan depan rumahnya, dia cakap, rajinnya g surau, tak kan g surau kerana nak exam spm kot. AH aku mampu tersenyum. Ada lagi, bila aku suka g surau adalah yang memerhatikan aku, orang kampung aku ahli jemaah surau kampung aku jugak. ada suatu petang tu, dia g jumpa ayah aku, dia kata anak kau rajin lah g surau, bagus, tak macam kawan-kawan yang lain. Bila orang kampung tu cakap cam tu, aku terus tak g surau lepas tu, aku tak nak la orang kata aku ni baik, kerana aku g surau je, padahal aku ni orangnya sangat-sangat la jahat.. Bila aku fikir, kenapa aku tak g surau kerana orang tu kata aku baik, padahal aku g surau tu kerana ALLAH, untuk menunaikan kewajibannya. aku pun g la surau lagi. aku pun tak tahu kenapa aku minat sangat g solat jemaah kat surau. banyak kali la tabligh datang kat surau aku ni, dan dia ajak aku keluar untuk menyebarkan islam tapi mas tu aku masih di bangku sekolah, jidi aku tak pergi dan bila diorang ajak aku, aku mampu tersenyum. itulah isyarat aku setiap orang tabligh ajak aku keluar. Aku bukan tak nak ikut, tapi ada sebab kenapa aku tak pergi, mungkin aku belum bersedia kot untuk jadi tabligh, kadang-kadang nak jugak rasa macam mana jadi tabligh ni. Tadi aku siap solat maghrib berjemaah ada orang menyapa aku, dia tu orang tabligh juga, dia ajak aku kuar 3 hari untuk menyebarkan islam, dan aku berikan isyarat senyum jugak... Abang tabligh, aku minta maaf kerana aku belum bersedia lagi.

 P/S: AKU CERITA INI BUKAN UNTUK MEMBANGGA DIRI, TETAPI CUMA LUAHAN HATI AKU SAHAJA. BILA KORANG BACA NI JANGAN ADA BERKATA DIDALAM HATI TAW, YANG AKU NI BANGGA, KONON BAIK, KONON ALIM. TOLONG BUANG ITU SEMUA YE. 

No comments:

Post a Comment