Thursday, November 10, 2011

Penjaga aras 1 memang sudah tiada

Kesian tambah simpati kepada kucing kuning yang menjadi penjaga aras 1 telah tiada. Semalam aku lalu di bilik penjaga kucing itu, yang tinggal hanya pembalut lehernya yang luka, memang ia sudah pergi untuk selamanya. selepas ini tidak ada lagi jasadnya berkeliaran di bilik-bilik untuk masuk mencari tempat berehat, tiada lagi kedengaran suaran kucing meminta makanan, tiada lagi ngiauan kucing itu di pagi hari...tiada lagi!. Aku dapat rasakan yang penjaga kucing itu sangat sedih kerana dia bela kucing itu, dia bagi makan , dia buat tempat tinggal daripada kotak, dia bagi makan friskis, dia sangat baik daripada pandangan mata aku...sangat mulia daripada pandangan mata aku...semoga roh kucing kuning itu tenteram...Amin.

No comments:

Post a Comment